Cazorla bermula dari 'zero'

Selepas menjalani pembedahan kali ke-9 yang hampir menyebabkan beliau kehilangan kaki (baca: Cazorla hampir kehilangan kaki) akibat jangkitan kuman pada kecederaan kaki beliau, nasib Cazorla kini semakin samar.

Arsene Wenger tidak menjangkakan bahawa Cazorla mampu kembali berlatih sebelum Febuari 2018.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Cazorla masih lagi mampu beraksi namun menjelaskan dimana pemain itu tidak mungkin mampu menjalani latihan sebelum Februari nanti.

Sebelum ini, beliau dijangkakan bakal kembali beraksi menjelang Januari 2018, namun hasrat pemain tersebut yang gigih menjalani proses pemulihan terbantut selepas terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi bagi merawat kecederaan beliau.

Pendedahan terbaru daripada Wenger, menjelaskan dimana Cazorla kini terpaksa berehat lebih lama dan memulakan kembali proses pemulihan beliau daripada awal (selepas beliau hampir kembali cergas untuk berlatih).
I sent him a message (after the surgery) and wished him well. He answered, 'Look I have to start again from zero,' basically. And it's very sad, honestly. What he has gone through, this guy, is unbelievable. - Arsene Wenger.
Menurut Wenger lagi yang turut bersimpati dengan nasib Cazorla, beliau menjelaskan proses pemulihan Cazorla mengambil masa lebih lama dimana pemain itu terpaksa bermula dari awal dan jika semuanya berjalan lancar, Cazorla perlu menunggu sehingga beliau dapat berlari.

Dan selepas itu, apabila beliau sudah mampu untuk berlari, sekurang-kurangnya akan mengambil masa enam minggu untuk kembali menjalani latihan, namun Wenger tidak dapat memberi pengesahan mengenai jangkaan tarikh mengenai bilakah Cazorla mampu kembali menjalani latihan.

Apabila ditanya mengenai mampukah Cazorla kembali beraksi, Wenger menjelaskan bahawa peluang Cazorla masih ada namun untuk pemain tersebut membuat penampilan mengikut jadual sebelum ini (Januari), beliau tidak merasakan ianya akan berlaku.
I hope so, but certainly not before February now. - Wenger 

Post a Comment

Previous Post Next Post