Pendapat dan pandangan Vieira

Patrick Vieira luah pendapat dan pandangan mengenai kontrak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil menjelang jendela perpindahan Januari nanti.

Arsenal bakal kehilangan dua pemain bintang secara percuma dipenghujung musim.



Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira memberi amaran kepada Arsenal bahawa kelab itu tidak mungkin mampu kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni dan mampu memberi cabaran serta saingan  di dalam saingan liga jika masalah kontrak pemain tidak diselesaikan dengan segera.


Vieira bersama Arsenal dari tahun 1996–2005.
Ketika ini, beberapa pemain utama Arsenal berada ditahun terakhir kontrak mereka bersama kelab dengan menyaksikan Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Jack Wilshere boleh berunding dengan mana-mana pasukan lain bermula 1 Januari nanti.

Bagaimanapun Arsene Wenger menengaskan bahawa trio tersebut masih mampu menandatangani kontrak baru dan kekal bersama Arsenal musim ini. Namun dengan situasi tidak menentu mengenai masa depan trio tersebut bersama Arsenal, menyebabkan pasukan tidak mampu beraksi dengan baik menurut Vieira.

Vieira, 41 tahun menjadi kapten Arsenal untuk tiga musim dibawah kendalian Wenger termasuklah musim kegemilangan Arsenal - Invincibles (2003/04) menggesa bekas pengurus beliau (Arsene Wenger) untuk menyelesaikan dan mengekalkan pemain-pemain tersebut supaya mereka dapat memberi perhatian dan fokus dalam menghadapi perlawanan liga dan Eropah terutamanya melibatkan perlawanan besar.
When you look at the Arsenal team in the last few years I think everybody expects more because of what this football club represents. - Vieira melalui petikan Sky Sports.
"Melihat kepada situasi semasa, tentu saja ianya masih belum cukup baik, ia tidak baik untuk kelab dan untuk peminat. Apabila anda menang, anda ingin terus memenangi dan terdapat pemain yang perlu membuat keputusan mengenai masa depan mereka - saya fikir ia adalah perkara pertama yang perlu mereka selesaikan"

"Kemudian barulah membawa masuk pemain baru yang berkualiti bagi mencabar Manchester City. Kerana saya percaya bahawa City bakal menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan pada masa hadapan dan pasukan tersebut merupakan pasukan yang perlu ditewaskan"

"Apabila anda melihat cara mereka bermain, anda tidak perlu menjadi peminat City untuk menikmatinya"

Beliau turut tidak bersetuju dengan gandingan pemain tengah Arsenal terutamanya Wilshere dan Xhaka yang mana menurut beliau kedua-dua pemain tersebut kekurangan dari segi corak fizikal (permainan) berbanding pada era beliau bersama Emmanuel Petit.

Gandingan Xhaka dan Wilshere lebih teknikal berbanding agresif (fizikal) Petit dan Vieira.
"Apabila anda melihat Petit dan saya sendiri, kami sangat agresif kerana itulah kekuatan kami dan jika anda melihat Wilshere dan Xhaka pada barisan tengah, mereka lebih teknikal berbanding fizikal dan itulah arahan yang dikehendaki oleh pengurus."

Petit dan Vieira lebih menggunakan kekuatan fizikal serta agresif.

Post a Comment

Previous Post Next Post