Manchester City lebur rekod Arsenal

Rekod kemenangan terpanjang milik Arsenal lebur.

Kemenangan Manchester City 4-0 keatas Swansea City awal pagi tadi meleburkan rekod kemenangan terpanjang yang dimiliki sebelum ini oleh Arsenal.

City dibawah kendalian Pep Guardiola mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menerusi kemenangan ke-15 berturut-turut dan rekod kemenangan terpanjang sebelum ini dimiliki Arsenal dengan 14 perlawanan.


Berikut adalah rekod kemenangan terpanjang semenjak liga utama England dijenamakan sebagai Liga Perdana Inggeris bermula pada 1992:
  • 14 Perlawanan : Arsenal, 2002.
  • 13 Perlawanan : Chelsea, 2016/17
  • 12 Perlawanan : Manchester United, 2000.
  • 11 Perlawanan : Liverpool, 2014

Post a Comment

Previous Post Next Post