"Terima atau boleh blah.."


Perbincangan kontrak Mesut Ozil dan Alexis Sanchez yang dikatakan menghampiri jalan buntu.

Tiada istilah atau tiada kata-kata yang menutup ruang perbincangan kontrak kedua-dua pemain ini yang mana kontrak mereka berakhir dipenghujung musim ini.

Laporan terkini mendedahkah dimana Mesut Ozil dan Alexis Sanchez tidak pernah diberikan kata putus 'terima atau anda boleh pergi' dalam rundingan kontrak terbaru mereka berdua.

Arsene Wenger dalam sidang media menjelang pertembungan menentang West Ham yang dijadualkan lewat pagi esok (waktu Malaysia), mendedahkan bahawa rundingan pembaruan kontrak untuk kedua-dua pemain tersebut masih diteruskan.

Ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai khabar angin yang mana Mesut Ozil telah ditawarkan kontrak berjumlah £275,000 seminggu, Wenger enggan mendedahkah jumlah sebenar yang ditawarkan kepada pemain kebangsaan Jerman itu namun menjelaskan bahawa rundingan masih dijalankan.

Difahamkan Arsenal masih belum lagi membuat tawaran terakhir kepada kedua-dua pemain tersebut dan pintu rundingan masih lagi terbuka buat kedua-dua pemain itu.
The conversations are, as always, going on with everybody. Our door is always open. I cannot tell you much more.
Pada sidang media itu juga, Wenger sekali lagi menegaskan bahawa beliau sememangnya mahu mengekalkan kedua-dua pemain tersebut bersama Arsenal bagi menghadapi saingan musim depan.

Dan Wenger turut menafikan dakwaan (take-it-or-leave-it) yang mana Arsenal telah menutup pintu rundingan bersama kedua-dua pemain tersebut.

Manakala  Olivier Giroud yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Southampton turut mahu dikekalkan Wenger.

Olivier Giroud yang seringkali digunakan pemain gantian semenjak kehadiran Alexandre Lacazette dalam aksi liga turut mahu dikekalkan Wenger, sambil beliau menengaskan bahawa Giroud bukanlah pemain 'super-sub' dan menganggap pemain itu masih penting buat Arsenal.
He is not a super-sub for me, he is a regular player. I have plenty of good strikers and I cannot play all of them together. I speak to all my players but it is very difficult to speak about what we talk about. He is a very important player. I have big respect for him and I am an admirer of Olivier Giroud. Look at how many French caps he has got since he joined Arsenal. I do not think he has wasted his time.
Penjelasan Wenger yang mahu mengekalkan Giroud bersama Arsenal sehingga akhir musim ini menolak dakwaan yang mana beliau (Giroud) akan dilepaskan pada Januari nanti.
Personally, I want him to stay at the club until the end of the season and then we'll see.

Post a Comment

Previous Post Next Post