Pro Evolution Soccer (PES)



STADIUM kebanggaan penyokong Arsenal, Stadium Emirates kelihatan begitu menakjubkan dalam Pro Evo 2018.


Stadium Emirates telah diberikan sentuhan menakjubkan dengan paparan yang lebih jelas berikutan kerjasama Arsenal dengan  pengeluar Pro Evolution Soccer, KONAMI.

Kerjasama yang telah dipersetujui pada antara Arsenal dan KONAMI pada bulan lalu menyaksikan pihak pengeluar permainan video bolasepak  Pro Evolution Soccer (PES) giat menjalankan kerja-kerja pengimbasan 3D bagi meningkatkan mutu dan kualiti kepada wajah dan fizikal pemain.


Namun, bukan sahaja pemain-pemain Arsenal yang menerima sentuhan bagi meningkatkan kualiti grafik malahan Stadium Arsenal (Emirates) turut menerima sentuhan daripada pengeluar permainan video ini.

Berikut adalah imej Stadium Emirates yang menerima sentuhan 3D daripada pihak KONAMI dalam mengemaskini beberapa imej bagi memberikan yang terbaik dalam edisi terbaru mereka Pro Evolution Soccer 2018.




Pihak KONAMI mendedahkan pada awal Oktober lalu bahawa mereka telah diberikan akses yang meluas ke Emirates bagi kerja-kerja mengemaskini data-data diperlukan bagi memasukan imej-imej kedalam permainan video mereka yang dijangkakan bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini.

Dan setakat ini, hasil yang dibuat ataupun dikeluarkan mereka (KONAMI) sangat menakjubkan dengan video mengenai Stadium Arsenal seperti dibawah.


Video : Kerja-kerja imbasan bagi menghasilkan grafik (3D) terbaik daripada KONAMI terhadap pemain Arsenal.


Pengumuman rasmi daripada pihak KONAMI mengenai kerjasama bersama Arsenal yang dijelaskan pada laman rasmi mereka.

Konami confirms Partnership with Arsenal!

Konami Digital Entertainment B.V. has reached an agreement with England League's Arsenal as an official partner.

Formed in 1886 and renowned as The Gunners due to their crest, Arsenal has not only been ever-present within the England League but also has established supporters from all over the world.
Having won several national leagues and cups, the club holds an ever growing fan-base with their enviable record and strength.

With this agreement, KONAMI will recreate first team squad using its proprietary 3D scanning system to ensure that their facial and physical features, as well as play styles and tactical abilities are fully recognizable within PES 2018.

Additionally, KONAMI will also be given extensive access to capture their home stadium, Emirates Stadium for its future inclusion in the game. The club will later be released as a data pack.

Sumber : KONAMI

Video: Trailer PES 2018


Post a Comment

Previous Post Next Post