Lyon enggan lepaskan Nabil Fekir

Hasrat Arsenal untuk mendapatkan pemain dan juga kapten Lyon, Nabil Fekir mungkin tidak kesampaian pada Januari ini.

Ini berikutan pihak Lyon tidak bersedia untuk melepaskan pemain ini pada jendela perpindahan Januari ini mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star.



Jika sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan dimana Arsene Wenger mahukan Nabil Fekir sebagai pengganti kepada Ozil dan juga Sanchez, namun dengan perkembangan terkini pemain ini yang enggan dilepaskan oleh Lyon, Arsene Wenger dilihat bakal mengekalkan dua bintang utama Arsenal itu sehingga ke penghujung musim ini.

Melainkan beliau (Wenger) berjaya menemui dan mendapatkan pengganti kepada kedua-dua atau salah seorang daripada mereka (Ozil dan Sanchez).

Fekir sebelum ini pernah menyuarakan bahawa musim ini mungkin musim terakhir beliau bersama Lyon namun Presiden Lyon, Jean Michel-Aulas menegaskan bahawa pemain itu tidak akan dilepaskan pada Januari nanti.

Pemain penyerang dan sayap yang berusia 24 tahun ini turut mendedahkan dimana Arsenal, Manchester United dan Manchester City merupakan antara kelab yang bakal disertai beliau jika tidak lagi bersama Lyon.

Dan jika Fekir menyertai Arsenal, perkembangan ini sudah tentu sangat menarik kerana beliau bakal bergandingan dengan bekas rakan sepasukan beliau dahulu, Alexandre Lacazette.

Nota penulis: Kemungkinan Arsenal untuk membida pemain ini sangat rendah melainkan jika Arsenal berjaya menjual salah seorang (Ozil atau Sanchez) pada jendela perpindahan Januari nanti.

Mungkin peristiwa Thomas Lemar bakal berulang... dan sudah pasti ianya bukan murah untuk mendapatkan kapten Lyon ini. Mungkin Arsenal terpaksa membayar dengan nilai yang lebih tinggi memandangkan kontrak pemain ini bersama Lyon hanya bakal berakhir pada Jun 2020.

Dianggarkan nilai untuk mendapatkan Nabil Fekir sekitar £60juta walaupun nilai sebenar beliau ketika ini dianggarkan sekitar £20 ke £30 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post