Pendedahan Sven Mislintat tinggalkan Dortmund dan sertai Arsenal.


Sven Mislintat dedah punca mengapa beliau tinggalkan Borussia Dortmund dengan menyertai Arsenal.

Beliau menyertai Arsenal dengan jawatan sebagai 'head of recruitment'.

Ketua perekrutan - 'head of recruitment' baru Arsenal, Sven Mislintat mendedahkan dimana beliau tidak mempunyai sebarang 'dendam' terhadap Borussia Dortmund apabila meninggalkan kelab Jerman itu.

Beliau yang terkenal dengan bakat dan kebolehan beliau dalam menjalankan pemantauan serta mengenalpasti potensi pemain muda seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Shinji Kagawa dan Ousmane Dembele  ketika bersama Dortmund, dijangka melakukan perkara yang sama terhadap Arsenal.

Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke turut mengakui bahawa kelab itu kehilangan seorang yang penting dengan merujuk kepada Mislintat selepas ketua pemantau itu bertindak meninggalkan Dortmund.

CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke kesal dengan layanan yang diberikan Dortmund terhadap Mislintat selama ini.
Penjelasan Mislintat sebagaimana dipetik daripada laman Kicker, mendedahkan dimana beliau tidak berdendam ataupun marah dengan sesiapa di Dortmund sebaliknya menyatakan bahawa terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan beliau dan dengan menyertai Arsenal beliau mampu meneruskan usaha beliau selama ini.
All I said was that time had instigated me to do something else again, there was not a bad reason to leave BVB. - Mislintat.
Antara kerja 'gila' yang dilakukan Mislintat bersama Dortmund adalah membawa masuk Dembele daripada kelab Stade Rennes (Perancis) pada tahun 2016 dengan nilai €15 juta.

Dan setahun kemudian Dembele (20 tahun) dijual kepada Barcelona dengan dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar  €105 juta (termasuk bayaran bonus).

Ousmane Dembélé merupakan bakat muda yang ditemui oleh Mislintat.
Mislintat ketika bersama Dortmund, membantu dalam membentuk skuad tersebut dengan membawa pemain-pemain berbakat serta pernah bekerja dibawah dua ketua jurulatih kelab itu iaitu Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel. 

Ketika zaman tersebut, falsafah pemindahan Dortmund hanya melibatkan pemain yang menjadi sasaran setelah dikesan mempunyai potensi besar tanpa melibatkan perbelanjaan besar.

Dan tugas pemantau yang diketuai oleh Mislintat bermula dengan kelab-kelab kecil seperti di Poland dan juga Jepun yang mana menyaksikan Robert Lewandowski dan Kagawa berjaya ditandatangani Dortmund.

Tugas pemantau ini juga merangkumi pemain-pemain muda diperingkat liga bawahan dan Mislintat dalam pada itu turut mengesahkan bahawa beliau akan menjalankan tugas dan cara kerja yang sama bersama Arsenal sebagaimana beliau melakukannya  di Dortmund.
Spending big is not the approach of the owner, nor is that of Wenger. - Mislintat .
Pun begitu, Mislintat turut mengakui bahawa kemasukan beliau (seorang) sahaja tidak menjamin hasil kerja yang cemerlang sebaliknya ianya memerlukan kerja secara berkumpulan dengan dibantu oleh mereka yang benar-benar berwibawa bagi mendapatkan pemain berkualiti.
You need an excellent team willing to work incredibly hard, and also fired up for finding the new Ousmane Dembele or Dan-Axel Zagadou.
Pendedahan beliau itu turut menyatakan bahawa beliau akan melaporkan kerja beliau kepada CEO Arsenal, Ivan Gazidis dan juga pengurus pasukan, Arsene Wenger.

Sambil beliau menolak dakwaan bahawa Arsenal ketika ini dalam proses persediaan untuk bersaing didalam kancah bolasepak tanpa kelibat Wenger setelah kemasukan seorang lagi individu penting daripada Barcelona, Raul Sanllehi.
I am looking forward to (working with) him. I can only learn from someone who has shown his qualities for decades. Only Sir Alex Ferguson was in office even longer. Wenger won the FA Cup in May, for the seventh time in 21 years. Three titles on top of that. I think it's tough on him to deny him success.
Walaupun beliau kini bersama Arsenal, namun Mislintat menengaskan bahawa beliau tidak akan membawa mana-mana pemain daripada bekas kelab yang pernah beliau bekerja selama 11 tahun itu.

Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan. #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post