Malam ini jam 8.30 malam (waktu Malaysia) berlangsunglah perlawanan liga Perdana Inggeris yang dikenali dengan Boxing Day.
Boxing Day merupakan cuti yang disambut selepas Hari Krismas (26 haribulan) dan ianya berasal dari United Kingdom.
Dan perlawanan bolasepak melibatkan pasukan didalam saingan Liga Perdana Inggeris pada 26 Disember dikenali dengan 'Boxing Day' dan ada juga negara-negara lain (yang pernah dijajah British) mengunakan terma ini.
Berikut adalah lima perlawanan Boxing Day yang dianggap menarik dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Sheffield Wednesday 3 – 3 Manchester United (1992)
Sheffield Wednesday berjaya mendahului United hanya selepas dua minit perlawanan dimulakan dan berjaya menambah satu lagi gol empat minit kemudian untuk mendahului United 2-0.
Memasuki babak kedua, Sheffield Wednesday sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-62 untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Namun anak buah Sir Alex Ferguso, berjaya bangkit lima minit kemudian (selepas jaringan ketiga Sheffield Wednesday) melalui Brian McClair (minit ke-67) sebelum beliau sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-80.
Eric Cantona menjadi penyelamat United dengan jaringan penyamaan pada minit ke-84 untuk mengikat perlawanan 3-3.
Chelsea 4-4 Aston Villa (2007)
Lapan gol, enam pertukaran pemain, lima kuning, tiga kad merah, dua penalti,dan dua gol maisng-masing daripada Shaun Maloney dan Andriy Shevchenko menjadikan perlawanan ini antara perlawanan Boxing Day yang paling menarik.
Dan Avram Grant ketika ini adalah merupakan pengurus Chelsea.
Manchester City 5-1 Hull City (2008)
Bagaikan perlawanan yang sedang menghadapi penentuan sepakan penalti, pengurus Hull City, Phil Brown tidak membenarkan anak buah beliau memasuki bilik persalinan ketika tamat separuh masa perlawanan.
Sebaliknya hanya memberi arahan dan kata-kata semangat diatas padang ketika rehat separuh masa pertama perlawanan tersebut.
Manchester United 4-3 Newcastle (2012)
Jika 20 tahun lalu, United ketinggal 3-0 berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan ketika Sheffield Wednesday, namun pada perlawanan ini United berjaya dari ketinggalan 3-2 untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3.
Aston Villa 2-2 Arsenal (2008)
Arsenal berjaya mendahuli Aston Villa dengan kedudukan 2-0 hasil daripada jaringan Denilson minit ke-40 dan Diaby pada minit ke-49.
Aksi Sagna berjaya menyelamatkan gawang gol Arsenal sebagaimana Monreal pernah lakukan pada musim ini bagaimanapun gagal untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki Arsenal apabila Aston Villa dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-65 dan berjaya disudahi dengan baik oleh Barry.
Dan gol penyamaan dilewat perlawanan daripada Knight (minit ke-90) memastikan perlawanan ini berkesudahan seri 2-2.