Xhaka patut digugurkan pada pertemuan menentang West Ham

Bekas pemain kebangsaan England dan juga Liverpool Danny Murphy percaya Jack Wilshere jauh lebih baik berbanding Granit Xhaka.

Jack Wilshere hampir setahun tidak memulakan aksi dalam kesebelasan utama Arsenal  dan Danny Murphy percaya Arsene Wenger patut menurunkan Wishere pada pertembungan Arsenal menentang West Ham menggantikan Granit Xhaka.

Arsenal bakal menentang Newcastle pada 16 Disember ditempat sendiri dan sebelum itu pada 14 Disember, Arsenal akan berkunjung ke Stadium London bagi menghadapi pasukan West Ham.



Danny Murphy mewakili England pada tahun 2001–2003.
Wenger ketika ini lebih gemar menggunakan gandingan Ramsey bersama Xhaka semenjak mengubah formasi daripada 4-4-2 kepada 3-4-2-1 dipenghujung musim lalu.

Walaupun gandingan ini dilihat serasi pada perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan Arsenal menang 2-1 keatas Chelsea.

Namun pada permulaan liga, aksi gandingan ini (serta keseluruhan pemain) kelihatan longlai sehingga membenarkan Liverpool merobek empat kali gawang gol Arsenal.

Keputusan Wenger yang mengekalkan gandingan dua pemain ini (Ramsey dan Xhaka) menyebabkan pemain tengah Arsenal yang lain seperti Jack Wilshere, Francis Coquelin dan Mohamed Elneny hanya mampu memanaskan bangku simpanan.

Dan Wenger hanya memberikan peluan kepada mereka bertiga untuk beraksi pada saingan Liga Europa dan Piala Carabao musim ini.

Wilshere semenjak kembali daripada dipinjamkan kepada Bournemouth masih belum diberi peluang dalam berada didalam kesebelasan utama musim ini.

Danny Murphy percaya Wilshere lebih bagus beraksi pada barisan tengah berbanding Xhaka.
Namun Murphy percaya Wilshere lebih berhak beraksi bersama Ramsey dan kemasukan pemain berusia 25 tahun ini pada perlawanan menentang Southampton membuktikan mengapa Wilshere patut diberi peluang menggantikan Xhaka bagi mengemudi barisan tengah Arsenal.
He's a better footballer than Xhaka. He's got more about him. He tries things more. You're looking up as a creative player. Should start the next game - Danny Murphy.
Pada perlawanan menentang Southampton, kemasukan Wilshere dilihat memberi impak positif kepada Arsenal yang ketika itu dilihat 'mati akal' dalam menembusi benteng pertahanan Southampton serta mengubah permainan menjadi lebih menarik.

Namun ketiadaan Ramsey yang mengalami kecederaan dan dijangka berehat buat tempoh tiga minggu menjadi persoalan mengenai gandingan yang bakal diturunkan Wenger minggu ini.

Adakah Wilshere berpeluang untuk memulakan aksi pada barisan utama dalam saingan liga kali ini? Atau kita bakal menyaksikan Wilshere bergandingan bersama Elneny ataupun Coquelin?

Post a Comment

Previous Post Next Post