Real Madrid tidak mahu tewas kepada Manchester City.

Real Madrid 'offer'  Lucas Vazquez kepada Arsenal.

Real Madrid sedia tawarkan Lucas Vazquez kepada Arsenal sebagai pertukaran kepada Alexis Sanchez.

Mengikut laporan Daily Star, kelab gergasi Sepanyol itu sedia menawarkan pemain sayap mereka, Lucas Vazquez kepada Arsenal bagi mendapatkan Alexis Sanchez.
Real Madrid ready to offer Arsenal swap deal for Alexis Sanchez January transfer
Tindakan Real Madrid ini dikatakan bagi menggelakkan kehilangan (terlepas) Alexis Sanchez kepada Manchester City yang turut sama berminat mendapatkan pemain kebangsaan Chile ini.

Dengan situasi terkini Sanchez yang tidak menampakkan sebarang tanda-tanda bahawa pemain ini bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal, Real dilaporkan mahu mendapatkan Sanchez menjelang jendela perpindahan nanti (Januari).

Manchester City sebelum ini begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan Sanchez dan menjelang jendela perpindahan Januari ini, Pep Guardiola bakal mendapat saingan Real Madrid dalam perebutan mendapatkan pemain sensasi Arsenal ini.

Laporan daripada Sepanyol, Don Balon mengatakan bahawa pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mahu memperkukuhkan lagi skuad beliau dengan kemasukan beberapa pemain baru pada jendela perpindahan nanti dan turut melaporkan dimana pemain sayap kelab tersebut bakal menjadi pertukaran dengan Sanchez (tawaran membida Sanchez).

Namun butiran lanjut mengenai tawaran tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.



Lucas Vazque


Pemain sayap kanan Real Madrid berusia 26 tahun dan menyertai kelab tersebut pada tahun 2007.

Sehingga kini beliau telah membuat 104 penampilan dengan 11 gol serta 26 bantuan gol telah dicipta beliau bersama Real Madrid.

Pada tahun 2016, beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol dan telah berjaya membuat tiga penampilan namun penampilan beliau itu masih belum berjaya menghasilkan sebarang gol dan bantuan gol setakat ini.

Selain mampu beraksi pada sayap kanan, beliau juga berkebolehan beraksi pada sayap kiri dan pada musim lalu beliau telah berjaya membuat 50 penampilan bersama Real Madrid dengan empat gol serta 14 bantuan gol berjaya dihasilkan.

Musim ini, beliau hanya mampu membuat 21 penampilan (dalam kesemua kejohanan bersama Real Madrid) dengan tiga gol serta dua bantuan gol berjaya direkodkan.

Dengan peluang yang semakin sukar untuk membarisi skuad utama Real Madrid, beliau yang mana kontrak bersama kelab tersebut bakal berakhir pada Jun 2021, dikatakan mahu berpindah bagi mencari pasukan yang mampu memberikan lebih banyak peluang beraksi.

Adakah anda merasakan pemain ini bersesuaian dengan corak Arsenal dan apakah komen anda mengenai pemain ini?

Kongsikan bersama kami. #COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post