Liga : Arsenal 2-2 Chelsea

Jack Wishere kembali temui sentuhan gol selepas kali terakhir menjaringkan gol dalam saingan liga pada Mei 2015.

Pengadil sekali lagi menjadi punca Arsenal tercicir mata dalam usaha mengejar dan menempatkan diri dikalangan pasukan terbaik liga.



Anthony Taylor pengadil perlawanan yang bertugas pada perlawanan Arsenal menentang Chelsea pagi tadi menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea pada minit ke-66 setelah Bellerin dikatakan mengkasari Hazard.

Dan Hazard tidak mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut (minit ke-67).

Sebelum itu, Jack Wilshere berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat Arsenal pada minit ke-63.

Anthony Taylor, pengadil perlawanan.

Tindakan Anthony Taylor yang menghadiahkan penalti kepada Chelsea menimbulkan kemarahan pemain, pengurus dan juga peminat Arsenal yang mana tindakan Hazard itu dilihat sengaja dan berlakon (berlebihan) untuk mendapatkan penalti.

Tindakan Bellerin yang dikatakan mengasari Hazard.

TAKTIKAL DAN FORMASI


Arsenal kembali menggunakan tiga pemain pertahan pada perlawanan ini dengan dibarisi dua pemain muda (Chambers dan Holding) yang bergandingan bersama Mustafi bagi membentuk formasi asas 3-4-2-1.

Ketiadaan Kolasinac memaksa Wenger menurunkan seorang lagi pemain muda, Ainsley Maitland-Niles pada bahagian pertahanan sayap kiri (wing back) disamping Mesut Ozil kembali bersama skuad selepas tidak menyertai pada perlawanan menentang West Brom akibat masalah kecederaan lutut.


Manakala Chelsea pula pada perlawanan ini dilihat mahu mendominasi perlawanan dan memfokuskan pada serangan apabila turun dengan formasi 3-5-2  dengan Hazard berada di belakang Morata.


Jelas pada perlawanan ini Chelsea banyak menggunakan kelebihan Hazard yang mana pemain ini jelas memiliki kelincahan serta kepantasan dalam mengucar kacir-kacir barisan pertahanan Arsenal.

Walaupun beliau hanya bermain 82 minit sahaja pada perlawanan ini, namun impak yang diberikan beliau benar-benar berkesan dalam membantu serangan Chelsea.

Heatmap Hazard ketika menentang Arsenal.

Highlights Perlawanan



Post a Comment

Previous Post Next Post