Aksi James McCarthy musim ini berakhir

Kecederaan berganda pemain Everton, James McCarthy akhiri aksi beliau musim ini.

Pengurus Everton,Sam Allardyce mengesahkan pemain beliau itu mengalami kecederaan terburuk dalam karier pemain tersebut setelah mengalami patah pada 'tibia dan fibula'.
James McCarthy yang mengalami patah tulang fibula dan tibia.
McCarthy mengalami kecederaan tersebut ketika pertembungan dengan penyerang West Brom, Salomón Rondón dalam usaha beliau untuk menghalang pemain tersebut daripada melakukan percubaan.



Dan beliau akhirnya terpaksa membayar dengan 'harga' yang cukup tinggi apabila mengalami kecederaan tersebut yang seterusnya terpaksa berehat panjang.

"Beliau tidak akan beraksi sehingga musim depan, ianya satu tamparan besar buat beliau," kata Sam Allardyce selepas perlawanan."

"Beliau bergelut dengan kecederaan musim ini, apa yang kita panggil kecederaan mengganggu dan menghalang prestasi beliau dan ketika kami merasakan kami mampu mengembalikan beliau (semakin cergas) akhirnya ini yang terjadi."

"Ianya mengambil masa dan tempoh yang panjang untuk beliau kembali pulih dari kecederaan ini, malangnya."

Musim ini (2017/18), James McCarthy telah berehat hampir 129 hari akibat kecederaan dan terlepas 28 perlawanan bersama Everton.
Sebelum ini Everton turut kehilangan khidmat pemain pertahanan mereka, Seamus Coleman yang turut mengalami kecederaan (patah kaki) 10 bulan lalu.

Sehingga kini, Coleman masih belum membuat sebarang penampilan bersama Everton serta masih menjalani proses pemulihan bagi mengembalikan kecergasan beliau.

Pada perlawanan malam tadi, Everton bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Jay Rodriguez meletakkan West Brom dihadapan pada minit ke-7 sebelum pemain gantian Everton, Oumar Niasse berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Pihak West Brom turut bersimpati dengan insiden yang melibatkan James McCarthy apabila memuatkan naik status mendoakan pemain tersebut cepat sembuh.

Bagitu juga dengan Salomón Rondón yang turut kesal dengan kejadian yang melibatkan beliau dengan James McCarthy
Kami dipihak MyGooners turut mendoakan agar James McCarthy segera sembuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post