Urusan perpindahan Henrikh Mkhitaryan dan Alexis Sánchez selesai.

Dokumen perpindahan Henrikh Mkhitaryan dan Alexis Sánchez dilaporkan selesai.

Dipercayai perpindahan diantara Henrikh Mkhitaryan dan Alexis Sánchez ini dilakukan tanpa melibatkan nilai perpindahan dan ianya adalah pertukaran pemain diantara kedua  pemain tersebut.



Selepas beberapa hari desas-desus yang begitu hangat diperkatakan mengenai rundingan dan perpindahan ini, boleh dikatakan bahawa perpindahan ini (perjanjian pertukaran antara Alexis Sánchez dan Henrikh Mkhitaryan) telah pun selesai.

Sumber yang boleh dipercayai daripada BBC, David Ornstein‏ telah melaporkan dimana urusan perpindahan ini dijangka selesai dalam masa terdekat dengan Henrikh Mkhitaryan bakal menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh dua hari lagi bersama Arsenal.

Awal pagi tadi (waktu Malaysia), BBC telah melaporkan dimana teka-teki perpindahan melibatkan Mkhitaryan dan Sanchez telah pun selesai dengan pemain Manchester United itu bersetuju untuk menyertai Arsenal dengan Alexis Sánchez pula dilaporkan telah bertemu dengan wakil Manchester United.

Segala maklumat mengenai dokumen pemindahan ini telah diselesaikan dan hanya menunggu keputusan Mkhitaryan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Arsenal selesai.

Dan ini semua menurut sumber yang sama, ianya bakal dilengkapkan pada hari ini (Ahad) ataupun esok (Isnin).

Pendedahan daripada BBC itu juga melaporkan bahawa tiada sebarang bayaran terlibat dalam urusan perpindahan ini.

Walaupun terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa United akan membayar Arsenal sejumlah £30 juta selain melepaskan Mkhitaryan bagi mendapatka Sanchez, namun BBC melaporkan bahawa perjanjian ini merupakan satu pertukaran langsung antara kedua-dua kelab yang melibatkan kedua-dua pemain mereka.

Dengan ini, drama perpindahan Sanchez boleh dikatakan berakhir dalam penuh kejutan dimana beliau sebelum ini begitu kuat dikatakan bakal menyertai seteru Manchester United iaitu Manchester City.

Dan drama perebutan diantara United dan City berkesudahan United berjaya menjaya mendapatkan Sanchez sekaligus menolak dakwaan Sanchez bakal kembali bersama bekas pengurus yang pernah membimbing beliau ketika di Barcelona, Pep Guardiola (kini menjadi pengurus Manchester City).

Post a Comment

Previous Post Next Post