Kebangkitan mengejut Arsenal dalam saingan liga dengan mencatatkan kemenangan 4-1 keatas Crystal Palace di Stadium Emirates.
Arsenal menjaringkan tiga gol dalam masa 13 minit dalam sejurus perlawanan dimulakan untuk menjadi pasukan terpantas yang mendahului lawan 3-0 dalam sejarah perlawanan Liga Perdana Inggeris yang mana rekod sebelum ini turut dicipta oleh The Gunners sendiri tujuh tahun lalu.
Nacho Monreal menjaringkan gol pertama hasil daripada tendangan sudut Granit Xhaka sebelum beliau menghasilkan dua bantuan gol buat Alex Iwobi dan Laurent Koscielny.
 |
Nacho Monreal menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-6 |
Alexandre Lacazette menjadikan kedudukan 4-0 dalam masa 22 minit selepas merembat masuk umpanan daripada Mesut Ozil dan gol tersebut merupakan gol yang ke 500 Arsenal didalam Liga Perdana Inggeris.
 |
Lacazette menjaringkan gol ke-500 Arsenal dalam saingan EPL |
Namun kecemerlangan aksi Monreal terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila pemain ini mengalami kecederaan dan ditukarkan dengan Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-34.
 |
Monreal terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. |
Petr Cech gagal untuk mengekalkan gawang daripada dibolosi apabila Luka Milivojevic menjaringkan tunggal pasukan pelawat pada minit ke-78.
 |
Luka Milivojevic menjaringkan tunggal pasukan pelawat pada minit ke-78 |
Penjaring Gol:
Arsenal |
Crystal Palace |
Penjaring Gol |
Minit |
Assist |
Penjaring Gol |
Minit |
Assist |
Nacho Monreal |
6 |
Granit Xhaka |
Luka Milivojevic |
78 |
Christian Benteke |
Alex Iwobi |
10 |
Nacho Monreal |
|
|
|
Laurent Koscielny |
13 |
Nacho Monreal |
|
|
|
Alexandre Lacazette |
22 |
Mesut Özil |
|
|
|
Highlights Perlawanan