Di era pembinaan semula pasukan dengan pemain muda yang dibentuk, kehilangan 3 pemain harapan masa hadapan Nasri, Persie, Fabregas amat dirasakan.
Dapat dilihat bagaimana Arsene Wenger begitu 'strugle' cuba memulihkan kembali pasukan.
Bukan sahaja kepada AW, malah terkesan juga kepada semua penyokong Gunners.
Samir Nasri
Seorang pemain tengah menyerang yang mempunyai kemahiran kawalan bola yang baik dan mampu menggerakkan pasukan secara terancang.
Dibawa masuk dari Marseile pada 11 Jul 2008 ketika usia 21 tahun.
Ogos 2011, Nasri enggan meneruskan kontrak bersama Arsenal.
Wenger terus mencuba menghalang pemergian Nasri dengan membawa beliau sekali dalam siri jelajah pra musim.
Namun, apakan daya... Nasri tekad menerima tawaran lumayan Manchester City yang ketika itu dalam proses membina pasukan secara besar besaran dan berbelanja mewah.
Robin Van Persie
Pemain muda yang mempunyai masalah disiplin ketika di Feyenoord, ditandatangani pada 17 Mei 2004 ketika usia 21 tahun.
Dibentuk dari seorang pemain yang tiada apa apa menjadi penyerang Arsenal yang digeruni selepas sekian lama dibayangi penyerang penyerang senior yang lain.
Musim 2011/12 RVP enggan menurunkan tanda tangan kontrak lanjutan baru.
Wenger sedaya upaya cuba menghalang pemergian Persie dengan cuba dan terus mencuba membuat rundingan dengan kontrak lumayan.
Sebagai tanda betapa RVP amat penting di Arsenal, RVP diberikan lilitan Kapten Pasukan sejak musim sebelumnya.
Apakan daya... RVP meninggalkan Arsenal selepas 8 musim bersama pada 15 Ogos 2012 untuk menyertai Manchester United.
Cesc Fabregas
Pemain yang dilihat mempunyai potensi dari Akademi Barcelona, diserap masuk ke Akademi Arsenal.
Melihat kematangan dalam menggerakkan bahagian tengah dan serangan, Fabregas diberikan peluang beraksi di dalam pasukan senior di awal usia 16 tahun bersama sama pemain senior lain spt Henry, Silva, Vieira, Pires termasuklah di pentas Liga Juara.
Diberikan nombor jersey 4 selepas pemergian Vieira, dan hingga kini Fabregas mendapat jolokan pemain yang dikenali dengan nombor jersey 4.
Namun ... kehebatan CF4 terutama di pentas Liga Juara Eropah, amat dicemburui bekas pasukan lamanya semasa di akademi - Barcelona untuk di bawa balik ke Sepanyol.
Saban tahun di musim perpindahan Barcelona mencuba untuk memikat CF4. Dan setiap kali itulah Wenger cuba menghalang dengan mengeluarkan kenyataan tegas :
"Fabregas Bukan Untuk Dijual!"
Segalanya boleh dirancang, namun Wenger terpaksa juga melepaskan pemain muda berbakat besar perancang utama pasukan bahagian tengah yang amat disayangi, pada 15 Ogos 2011.
Pelbagai cara AW telah cuba lakukan termasuklah memberikan lilitan Ketua Pasukan kepada CF4 yang sekali gus mencipta sejarah Kapten Pasukan paling muda.
Fabregas bukan sahaja meninggalkan Arsenal dengan rekod jualan 29m Euro, malah Fabregas menggunakan duit koceknya sendiri sebanyak 5m Euro yang dibaya 1m Euro selama 5 tahun.
Pelbagai cara AW telah cuba lakukan termasuklah memberikan lilitan Ketua Pasukan kepada CF4 yang sekali gus mencipta sejarah Kapten Pasukan paling muda.
Fabregas bukan sahaja meninggalkan Arsenal dengan rekod jualan 29m Euro, malah Fabregas menggunakan duit koceknya sendiri sebanyak 5m Euro yang dibaya 1m Euro selama 5 tahun.
Inilah sekadar susunan ringkas.
Di samping episod pemain muda yang tercedera teruk hingga berehat panjang....
Pemergian 3 orang pemain hebat yang banyak memberikan kesan kepadabagaimana Arsenal yang ada pada masa kini.
Di samping episod pemain muda yang tercedera teruk hingga berehat panjang....
Pemergian 3 orang pemain hebat yang banyak memberikan kesan kepadabagaimana Arsenal yang ada pada masa kini.
-Uncle Bard-