Arsenal sedia belanja £98 juta untuk pengganti Sanchez?


Arsenal dilaporkan hampir pasti menandatangani dua pemain dengan jumlah keseluruhan mencecah £98 juta.

Dengan status terkini Sanchez yang hampir pasti meninggalkan Arsenal, Wenger dikatakan mahu mencari pengganti kepada kekosongan tersebut.



Namun dua nama yang dikaitkan sebagai pengganti kepada Sanchez menceritakan bahawa Wenger seolah-olah turut mencari pengganti kepada Ozil.

Adalah mustahil untuk Wenger mengambil dua pemain bagi menggantikan Sanchez seorang, melainkan Ozil turut bakal dilepaskan pada Januari ataupun penghujung musim ini.

Laporan Goal Brazil pula mengatakan dimana Arsenal kemungkinan menandatangani Malcom pada minggu depan dengan nilai perpindahan yang dianggarkan berjumlah £45juta.

Malcom dikatakan hampir pasti menyertai Arsenal.
Manakala journalist Perancis, Nicolas Morin pula melaporkan dimana pemain muda Bordeaux ini telah pun mengucap 'selamat tinggal' kepada rakan sepasukan beliau.
*Terjemahan : Berlepas ke England untuk Malcom? Dia mengumumkan kepada beberapa rakan sepasukannya.

Sementara laporan Express pula melaporkan dimana Aubameyang semakin hampir menyertai  Arsenal dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £53 juta menurut Pundit Sky Sports, Guillem Balague .

Aubameyang semakin hampir menyertai Arsenal.
Aubameyang, 28 tahun kerap kali digugurkan dalam beberapa perlawanan musim ini kerana masalah disiplin dan terbaru beliau sekali lagi digugurkan dari skuad Dortmund ketika menghadapi Wolfsburg semalam. 

Guillem Balague telah memuat naik status twitter beliau dengan mengatakan dimana Arsenal dijangka bakal menandatangani Aubameyang dengan nilai £53 juta (€60 juta).
Menurut Balague, Malcom bukanlah pengganti kepada Sanchez namun ianya lebih kepada persediaan masa depan Arsenal dan  Aubameyang merupakan pengganti yang tepat kepada kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Sanchez.

Dan ini menjelaskan gosip mengapa Arsenal cuba mendapatkan dua pemain ini dan bukanlah pengganti kepada Ozil dan Sanchez.

Serta Wenger hanya akan melepaskan Sanchez jika pengganti kepada pemain ini berjaya ditandatangani.


Post a Comment

Previous Post Next Post