Liga : Bournemouth 2-1 Arsenal

Arsenal kecewa walaupun berjaya mendahului pihak lawan.

Menentang Bournemouth ditempat lawan bagi saingan liga malam tadi, Arsenal turun tanpa beberapa pemain utama seperti Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Koscielny sementara Sead Kolasinac berada dibangku simpanan.


Sementara Bournemouth pula turun dengan kesebelasan utama mereka seperti berikut dengan menyaksikan Eddie Howe melakukan tujuh pertukaran dengan kembalinya pemain-pemain utama mereka seperti Callum Wilson, Asmir Begovic, Charlie Daniels dan kapten pasukan, Simon Francis.


Separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang hampir sama dari segi jumlah percubaan namun Arsenal lebih berkelebihan pada jumlah penguasaan padang berbanding Bournemouth.


Kedua-dua pasukan ini dilihat begitu mudah kehilangan bola pada bahagian tengah masing-masing dengan menyaksikan kedua-dua pasukan kerap melakukan kesilapan hantaran.

Boleh dikatakan separuh masa pertama perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi tidak teratur, berserabut bagaikan tiada corak dalam permainan masing-masing.


Arsenal hampir menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-7, apabila cubaan pemain muda, Ainsley Maitland-Niles hanya singgah dipalang gol Bournemouth. 

Bersambung babak kedua perlawanan, Arsenal berjaya mendahului lawan hasil jaringan Bellerin pada minit ke-52 setelah menerima lorongan bola yang menarik daripada Alex Iwobi.

Bagaimanapun Arsenal gagal menambah jaringan mahupun mengekalkan kelebihan mendahului lawan apabila Bournemouth berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 perlawanan.

Gol berpunca daripada hantaran silang yang dilakukan Ryan Fraser didepan gol Arsenal yang mana Cech gagal meluru lebih awal untuk menyelamatkan atau menangkap bola sehingga membenarkan Callum Wilson meluru laju menyambut dan menyudahkan untuk gol penyamaan perlawanan.

Arsenal kembali cuba mencari gol pendahuluan dengan memasukkan Ramsey pada minit ke-73 namun Bournemouth, sebaliknya berjaya menjaringkan gol pendahuluan dan kemenangan perlawanan apabila Jordon Ibe bijak menyudahkan umpanan daripada Callum Wilson.

Kemasukkan Theo Walcott pada minit ke-76 juga gagal membantu Arsenal untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.

Secara keseluruhan, Bournemouth pada babak kedua lebih banyak melakukan serangan walapun penguasaan masih menjadi milik Arsenal.

Dan Bournemouth hanya memerlukan lima pemain untuk melakukan jumlah percubaan sebanyak 13 kali berbanding Arsenal yang  memerlukan sembilan pemain untuk menghasilkan 12 percubaan.

Pemain Arsenal yang melakukan percubaan: (Mustafi: 1x, Chambers: 1x, Bellerín: 1x, Maitland-Niles: 1x, Xhaka: 3x, Wilshere: 2x, Iwobi: 2x, Welbeck: 1x).

Statistik Perlawanan

Bournemouth vs Arsenal
13 Shots 12
5 Shots on target 3
63% Pass Success % 74%
47% Aerial Duel Success 53%
13 Dribbles won 5
23 Tackles 20
41% Possession 59%

Top 5 Percubaan Individu Setiap Pasukan

Bournemouth Jumlah Percubaan Percubaan Tepat Arsenal Jumlah Percubaan Percubaan Tepat
Ryan Fraser (AMC) 6 1 Granit Xhaka (MC) 3 -
Jordon Ibe (AMC) 3 2 Alex Iwobi (AMC) 2 1
Adam Smith (DMR) 2 1 Wilshere (MC) 2 -
Wilson (FW) 1 1 Welbeck (AMC) 1 1
Gosling (MC) 1 - Bellerín (DMR) 1 1

Highlights perlawanan



Post a Comment

Previous Post Next Post