Penampilan pertama Konstantinos Mavropanos dan Arsenal U23 menang keatas Man.United


Arsenal U23 4-0 Manchester United U23

Konstantinos Mavropanos muncul bersama skuad U23 Arsenal yang menewaskan skuad U23 Man.United 4-0 pagi tadi.

Dan ini merupakan penampilan pertama buat pemain kelahiran Greece ini setelah menyertai Arsenal pada perpindahan Januari.

Pada perlawanan PL2 diantara Arsenal menentang Man.United (U23), Reine-Adelaide berjaya membuka tirai pesta gol Arsenal pada minit ke-19 dan seminit kemudian beliau hampir-hampir menjaringkan gol kedua Arsenal namun percubaan beliau berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.



Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Arsenal U23 1- 0 Manchester United U23.

Bersambung babak kedua perlawanan, Vlad Dragomir muncul penjaring kedua Arsenal setelah berjaya menyudahkan hantaran Reiss Nelson untuk gol kedua Arsenal pada minit ke-60.

Dan Eddie Nketiah muncul wira Arsenal apabila berjaya melengkapkan pesta gol Arsenal dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-84 dan minit ke-87.

Gol Pertama U23 Arsenal - Reine-Adelaide . (Bantuan Gol - Josh Da Silva)


Reine-Adelaide hampir-hampir menambah jaringan pada minit ke-20.


Percubaan tiga pemain U23 Arsenal (Dasilva, Mavropanos dan Dragomir) yang hampir-hampir menewaskan Theo Richardson (penjaga gol Man.United).

Gol kedua U23 Arsenal - Vlad Dragomir. (Bantuan gol - Reiss Nelson)


Aksi Mavropanos 

Gol ketiga U23 Arsenal - Eddie Nketiah. (Bantuan gol - Jordi Osei-Tutu )


Gol keempat U23 Arsenal - Eddie Nketiah. (Bantuan gol - Reiss Nelson )


Skuad U23 Arsenal kini berada ditangga ketiga liga selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata memisahkan dengan pendahulu liga, Liverpool yang mengupul 30 mata.

Kedudukan Liga PL2

Kedudukan Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 14 10 0 4 32 16 16 30
2 Leicester City 15 8 5 2 24 10 14 29
3 Arsenal 14 8 2 4 31 22 9 26
4 Everton 13 7 2 4 20 13 7 23
5 Swansea City 14 6 3 5 28 25 3 21

Post a Comment

Previous Post Next Post