Bagaimana perpindahan Sanchez ke Man.United mempengaruhi rundingan Wilshere dan Ozil


Perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United (MU) merupakan kunci dalam rundingan kontrak baru Mesut Ozil.

Walaupun perpindahan Sanchez ke MU sedikit sebanyak menyakitkan hati peminat dan penyokong Arsenal kerana ianya diibaratkan ulangan peristiwa Robin Van Persie (RVP) yang menyertai mereka pada tahun 2012.

Namun disebalik perpindahan ini, ianya turut memberi peluang kepada Arsenal dalam memujuk seorang lagi bintang utama, Mesut Ozil bagi penyambungan kontrak pemain kebangsaan Jerman ini yang bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Dengan gosip perpindahan melibatkan Sanchez begitu kuat diperkatakan, sehingga boleh dikatakan hampir kesemua akhbar turut melaporkan berita perpindahan ini dan sekaligus melenyapkan berita mengenai perpindahan Ozil yang pada mulanya turut sama dikaitkan dengan perpindahan pada Januari ini.

Mesut Ozil, 29 tahun dilaporkan kini sedang berunding bersama Arsenal dan ianya turut dikatakan berjalan dengan positif.

Dan segalanya mungkin berpunca daripada perpindahan Sanchez ke Manchester United.

No.10 


Semua peminat Ozil tahu betapa pentingnya No.10 terhadap beliau sehinggakan akaun media sosial beliau turut terdapat No.10.

Ini menunjukan No.10 dan Ozil merupakan satu 'jenama' buat beliau.

Akaun Instagram Mesut Ozil
Akaun Twitter Mesut Ozil
Dan dikatakan bahawa dalam rundingan ini Ozil bakal diberikan No.10 yang mana ketika ini nombor jersi ini digunakan oleh Jack Wilshere.

Dengan penghijrahan Sanchez ke Man.United, No.7 bakal dikosongkan dan Jack Wilshere yang menggunakan No.10 semenjak musim 2012-13 (selepas dikosongkan oleh RVP) dikatakan bakal menyarung jersi bernombor 7 ini musim depan.

Wilshere, semenjak menyertai pasukan remaja Arsenal, beliau seringkali dibandingkan dengan legenda kelab, Liam Brady yang mana turut menyarung jersi bernombor 7 di Arsenal.

Penghijrah Sanchez dan kekosongan No.7 bakal mengubah situasti Arsenal dengan Jack Wilshere bakal menggunakan nombor 7 yang dianggap sinonim dengan lagenda kelab seperti Robert Pires, Tomáš Rosický  dan Liam Brady (yang tersenarai dikedudukan kelapan dalam senarai 50 pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman).

Serta jersi bernombor 10 turut bakal dikosongkan setelah Wilshere menggunakan jersi bernombor 7 dan sudah tentu perkembangan ini bakal mempengaruhi (sedikit sebanyak) Mesut Ozil dalam membuat keputusan dalam rundingan kontrak ini.

Liam Brady, 61 tahun (kini) pernah mewakili Arsenal  dari 1973–1980

Post a Comment

Previous Post Next Post