Sidang Media dan perkembangan pasukan termasuklah perpindahan.

Sidang media Arsenal bermula jam 9 pagi tadi waktu UK.

Perkembangan Pasukan.
Maitland-Niles masih belum dapat dipastikan sama ada mampu beraksi atau tidak, kerana beliau dilaporkan tidak sihat semalam.

Berita Baik.
Monreal dan Koscielny bakal kembali beraksi begitu juga dengan Ozil.

Mengenai Giroud.
Giroud kemungkinan mampu beraksi minggu depan.

Mengenai Sanchez
Ia mungkin berlaku, dan pada bila-bila masa juga ia boleh menjadi sebaliknya. Begitulah situasi pasaran perpindahan.
Adakah Sanchez masih berpeluang untuk bermain bersama Arsenal lagi?
Ya, sudah tentu. Jika tidak menjadi masalah, beliau akan beraksi Sabtu ini.

Wenger meminati Mkhitaryan
Ya sudah tentu. Dalam hal ini memang saya meminati pemain itu. Kerana kami telah banyak kali menentang beliau dan pasukannya.  Dia menghargai kualiti permainan kami dan cara kami bermain bolasepak.

Wenger dalam menandatangani Malcom
Tidak. Saya tidak fikir kami menghampiri beliau (untuk menandatangani). Tidak, saya tidak fikir begitu.

Wenger mengenai Aubameyang
Saya tidak ada apa untuk diceritakan. Perkara begini lebih baik tidak dibincangkan dan hebohkan.

Wenger mengenai Jonny Evan
Tiada apa yang hendak diulas ketika ini.

Adakah Ozil akan kekal bersama Arsenal pada Februari?
Ya, sudah tentu.

Adakah anda pernah memikirkan bahawa ini adalah musim terakhir anda?
Tidak. Ini bukanlah cara saya untuk memberikan respon (mengalah dengan berputus asa dengan situasi kelab). 2018 sehingga kini ianya masih belum memberikan sesuatu yang positif namun apa yang penting, bagaimana cara kita menangani situasi ini. 

Soal peribadi saya hanya urusan kedua.

Kami mengalami waktu yang sukar ketika ini namun ianya sangat menarik. Kita perlu menyelesaikan dengan segera urusan perpindahan kali ini kerana bagi kami, tempoh ini merupakan tempoh yang amat penting sekali berbanding sebelum ini.

Wenger mengenai kontrak Wilshere
Kami tahu apa yang kami mahukan. Kami mahu beliau kekal bersama kami. Kami sedang berunding mengenai soal gaji yang mana bakal menguntungkan beliau. Itu yang kami sedang lakukan.

Wenger mengenai tawaran gaji Man.United kepada Sanchez
Saya tidak berminat untuk membicarakan soal gaji, itu masalah mereka (Man.United).
Saya menghormati United kerana mereka membayar gaji daripada sumber pendapatan yang dijanakan mereka sendiri.

United adalah sebuah kelab yang diurus dengan baik dari segi kewangan dan juga dengan reputasi mereka, sebab itu saya tidak mempunyai masalah dengan wang yang mereka belanjakan.

Lagi mengenai Sanchez
Tidak. Saya tidak mempunyai masalah dengan sikap Sanchez.

Beliau menjalani latihan semalam dengan penuh komitmen. Beliau berumur 29 tahun, dan kontrak seterusnya tentu amat penting kepadanya.

Adakah penyokong perlu menerima yang mana Arsenal tidak dapat bersaing dengan United dan City?
Secara kewangan ya. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh bersaing di padang.
Kami melakukan yang terbaik yang kami mampu lakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post