Pre- Match : Arsenal vs Crystal Palace - Roy Hodgson sanjungi Wenger.

Menjelang pertembungan diantara Arsenal dan Crystal Palace yang bakal berlangsung 11.00 malam ini (waktu Malaysia), Arsenal dikhabarkan menerima berita baik dengan beberapa pemain utama bakal ataupun mampu kembali beraksi. 

Koscielny dan Monreal dilaporkan cergas untuk beraksi pada perlawanan ini begitu juga dengan Kolasinac yang turut dilaporkan cergas. Perkembangan ini mungkin memberikan sedikit kelebihan pada barisan pertahanan Arsenal yang ketika ini dilihat begitu rapuh dengan membiarkan gawang dibolosi sebanyak sembilan kali dalam aksi bulan Januari ini (lima perlawanan).



Alexis Sanchez yang dikatakan hampir pasti menyertai Manchester United pada perpindahan ini namun kegagalan (setakat ini) dalam rundingan menyaksikan Arsenal masih mampu menurunkan beliau dalam perlawanan malam ini (tempoh 24 jam untuk setiap pasukan menghantar senarai pemain bagi perlawanan berikutnya).

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Wenger menyenaraikan Sanchez atau tidak memandangkan sebelum ini Wenger pernah mengatakan urusan perpindahan Sanchez bakal selesai dalam tempoh 24 jam. Namun kegagalan rundingan menyebabkan urusan ini tertangguh dan Wenger masih mampu menggunakan khidmat Sanchez (jika menyenaraikan Sanchez dalam senarai pemain yang bakal menentang Crystal Palace kepada pihak pengurusan liga).

Dan melihat kepada senarai pemain yang dikeluarkan oleh beberapa laporan dari UK, ada yang mengatakan Sanchez disenaraikan dan ada juga yang melaporkan sebaliknya (tidak menyenaraikan Sanchez).

Berikut adalah senarai pemain yang dijangka disenarai oleh Wenger:

Posisi Pemain
Penjaga Gol Cech, Ospina, Macey
Pertahanan Mertesacker, Holding, Mustafi, Koscielny, Chambers, Monreal, Debuchy, Bellerin, Kolasinac, Maitland-Niles
Tengah Nelson, Wilshere, Willock, Xhaka, Elneny, Ozil, Ramsey, Elnen, Sanchez
Penyerang Iwobi, Welbeck, Lacazette, Nketiah, Akpom

Sementara itu pengurus Crytsal Palace, Roy Hodgson (70 tahun) yang mula mengendalikan pasukan ini pada 12 September 2017, seolah 'melakukan perang' psychology terhadap Wenger dan Arsenal apabila mengeluarkan kenyataan yang memuji kehebatan Arsenal dan juga Wenger.
Jelas Roy Hodgson begitu memandang tinggi keupayaan Arsenal dan Wenger menjelang perlawanan malam ini.

Dan Hodgson semenjak mengendali Crystal Palace (22 perlawanan), beliau berjaya merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan lapan kali kekalahan untuk mengumpul 25 mata (ditangga ke-12 liga).
Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan (10 perlawanan terakhir liga) sebelum ini, Arsenal dilihat mempunyai rekod yang cukup cemerlang menentang pasukan yang dikendalikan oleh Roy Hodgson ini.

10 perlawanan terakhir pertembungan mereka (Arsenal vs Crystal Palace) pada saingan liga menyaksikan Arsenal hanya tewas sekali ditempat lawan dan seri sekali ditempat sendiri.


Namun disebalik kecemerlangan rekod pertembungan Arsenal menentang Crystal Palace, prestasi semasa pasukan lawan lebih menyakinkan dimana mereka berjaya mencatatkan dua kemenangan dalam lima aksi terakhir perlawanan mereka.

Tarikh Saingan Home Keputusan Away
13 Jan 18 EPL Crystal Palace 1:0 Burnley
08 Jan 18 FA Brighton & Hove Albion 2:1 Crystal Palace
02 Jan 18 EPL Southampton 1:2 Crystal Palace
31Dec 17 EPL Crystal Palace 0:0 Manchester City
28 Dec 17 EPL Crystal Palace 2:3 Arsenal

Berbanding Arsenal yang hanya mampu mencatatkan tiga keputusan seri dengan dua kekalahan dalam lima aksi terkini (tanpa sebarang kemenangan).

Tarikh Saingan Home Keputusan Away
14 Jan 18 EPL AFC Bournemouth 2:1 Arsenal
10 Jan 18 EFL Chelsea 0:0 Arsenal
07 Jan 18 FA Nottingham Forest 4:2 Arsenal
03 Jan 18 EPL Arsenal 2:2 Chelsea
31 Dec 17 EPL West Bromwich Albion 1:1 Arsenal

Pada perlawanan malam ini, Crystal Palace terpaksa melupakan khidmat Mamadou Sakho, Scott Dann, Andros Townsend dan Ruben Loftus-Cheek yang mengalami kecederaan.

Barisan pemain kemungkinan bagi Crystal Palace malam ini:

Posisi Pemain
Penjaga gol Hennessey, Speroni
Pertahanan Ward, Van Aanholt, Tomkins, Fosu-Mensah, Kelly, Souare, Delaney
Tengah Milivojevic, Cabaye, Zaha, Riedewald, McArthur, Chung-Yong, Kaikai, Wan-Bissaka, Schlupp
Penyerang Sako, Benteke



Fakta menarik perlawanan ini

➱ Arsenal hanya kalah sekali dalam 16 perlawanan terakhir menentang Crystal Palace dalam semua kejohanan (M:11, S:4) dan kekalahan tersebut adalah pada perlawanan liga April tahun lalu (kalah 3-0).

➱ Crystal Palace tidak pernah memenangi sebarang perlawanan di tempat lawan (Arsenal) dalam mana-mana kejohanan semenjak Oktober 1994.

➱ Arsenal tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 17 perlawanan ditempat sendiri dalam saingan liga dengan berjaya menjaringkan 39 gol secara keseluruhan (2.3 gol setiap perlawanan).

➱ Malah, Arsenal telah menjaringkan gol dalam setiap 25 perlawanan terakhir mereka bagi saingan liga yang merupakan paling lama semenjak kali terakhir melakukan (menjaringkan gol) dalam 29 perlawanan yang dilakukan pada April 2007 sehingga November 2008.

➱ Sementara Crystal Palace, selepas kalah dalam lapan perlawanan berturut-turut pada saingan Liga Perdana, mereka tidak pernah kalah dalam lima aksi terakhir mereka dengan mencatatkan dua kemenangan dan tiga seri.

➱ Roy Hodgson tidak pernah memenangi 'derby London' dalam 10 perlawanan terakhir beliau dengan mencatatkan tiga keputusan seri dan tujuh kali kalah, empat kekalahan terakhir termasuklah kekalahan 4-0 di Emirates pada Mei 2010 ketika menjadi pengendali Fulham.

Rekod penjaring terbanyak liga kedua-dua pasukan:

Arsenal Crystal Palace
Bil. Pemain Gol Bil. Pemain Gol
1. Alexandre Lacazette 8 1. Luka Milivojevic 4
2. Alexis Sánchez 7 2. Wilfried Zaha 4
3. Olivier Giroud 4 3. James McArthur 3
4 Mesut Özil 4 4. Bakary Sako 3
5. Aaron Ramsey 3 5 Christian Benteke 1

Post a Comment

Previous Post Next Post