Duo tengah Arsenal kembali

Arsenal menerima perkhabaran baik menjelang pertembungan menentang Bournemouth malam ini.

Skuad kendalian Arsene Wenger hanya memenangi dua perlawanan daripada lapan aksi terakhir liga menerima perkhabaran gembira menjelang aksi liga malam ini apabila dua pemain tengah, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere kembali menjalani latihan.



Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan sebelum ini dengan menyaksikan  Ramsey kali terakhir membuat penampilan pada Disember tahun lalu ketika menentang Southampton manakala Wilshere pula mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea pada saingan Separuh Akhir Piala EFL - Carabao Cup, 10 Januari lalu.

Jack Wilshere mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Chelsea
Dijangkakan kedua-dua pemain ini mampu beraksi pada perlawanan menentang Bournemouth setelah menjalani latihan persediaan menjelang perlawanan ini dan turut kelihatan menjalani latihan adalah Sead Kolasinac , yang mana sebelum ini turut mengalami kecederaan.

Wilshere menjalani latihan menjelang pertembungan menentang Bournemouth.
Ketiadaan Ramsey sebelum ini memberi peluang buat Wilshere untuk beraksi dan aksi beliau boleh dikatakan cukup cemerlang mengemudi bahagian tengah Arsenal.

Namun kecederaan yang dialami beliau ketika menentang Chelsea mencetuskan tanda-tanya mengenai tahap kecergasan beliau untuk beraksi malam ini dan melihat kepada perkembangan terkini, dipercayai beliau mampu kembali bersama skuad.

Ramsey kembali menjalani latihan setelah lama berehat.
Walaupun Wilshere berjaya mempamerkan aksi cemerlang, namun Arsenal semenjak ketiadaan Ramsey semenjak Disember lalu, prestasi pasukan dilihat kurang memberangsangkan dimana hanya mampu mencatat dua kemenangan dan empat keputusan seri dalam aksi liga.

Ramsey telah berjaya menjaringkan tiga gol dan enam bantuan gol setakat ini dalam aksi liga dengan menyaksikan Alexis Sanchez dan Alexandre Lacazette ketika ini menjadi penjaring terbanyak Arsenal dalam saingan liga.

Senarai dan jumlah gol pemain Arsenal bagi saingan liga setakat ini:

Bil Pemain Gol
1 Alexandre Lacazette 8
2 Alexis Sánchez 7
3 Olivier Giroud 4
3 Mesut Özil 4
5 Aaron Ramsey 3
5 Danny Welbeck 3
7 Nacho Monreal 2
7 Shkodran Mustafi 2
9 Héctor Bellerín 1
9 Alex Iwobi 1
9 Sead Kolasinac 1
9 Per Mertesacker 1
9 Jack Wilshere 1
9 Granit Xhaka 1
JUMLAH 39

Senarai dan jumlah bantuan gol pemain Arsenal dalam saingan liga setakat ini:

Bil Pemain Bantuan Gol
1 Aaron Ramsey 6
2 Mesut Özil 5
3 Sead Kolasinac 4
4 Alexandre Lacazette 3
4 Alexis Sánchez 3
4 Granit Xhaka 3
7 Jack Wilshere 2
8 Héctor Bellerín 1
8 Mohamed Elneny 1
8 Alex Iwobi 1
8 Danny Welbeck 1
JUMLAH 30

Info perlawanan Bournemouth vs Arsenal



Post a Comment

Previous Post Next Post