Manchester United dilaporkan masih mahukan Mesut Ozil walaupun jika mereka berjaya mendapatkan Alexis Sanchez bulan ini.
Dan jika menjadi kenyataan, musim 2018/19 nanti bakal menyaksikan United bakal memiliki gandingan duo pemain tengah berbisa Arsenal ini.
Menurut laporan Independent, Manchester United dilaporkan mahu mendapatkan kedua-dua pemain tengah Arsenal ini dan Sanchez menjadi pilihanan utama United pada Januari ini manakala Ozil pula dikatakan akan dibawa masuk musim depan.
Kedua-dua pemain ini boleh berunding dan menandatangani pra-kontrak bersama pasukan lain pada bulan ini (Januari) dibawah Peraturan Bosman.
Namun jika pasukan tersebut inginkan pemain tersebut menyertai mereka pada perpindahan Januari ini, mereka terpaksa membayar yuran perpindahan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab terbabit.
Kemelut kontrak dua pemain sensasi Arsenal ini bakal menguntungkan United dengan Jose Mourinho dilaporkan sedia menawarkan gaji yang jauh lebih lumayaan daripada apa yang diterima oleh kedua-dua pemain ini bersama Arsenal serta kemungkinan untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka secara percuma juga tinggi.
Sanchez yang dikatakan ingin berhijrah menyertai City bagaimanapun mungkin menjadi 'mangsa' jualan Arsenal kepada United jika United ingin mendapatkan pemain ini pada Januari ini bagi mematahkan cubaan musuh setempat mereka, City mendapatkan pemain ini.
United dikatakan sedia membayar harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan Sanchez berbanding apa yang City tawarkan kepada Arsenal disamping mereka turut menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada apa yang City tawarkan kepada pemain kebangsaan Chile ini.
Dan tindakan tindakan United ini juga dilihat sebagai cubaan mereka untuk mengurangkan atau melemahkan kuasa pasukan CIty bagi saingan liga musim depan.
Manakala Ozil pula dikatakan akan dibawa masuk United menyertai mereka pada musim hadapan secara percuma walaupun berjaya jika berjaya mendapat Sanchez pada Januari ini.
Hubungan diantara Ozil dan Mourinho juga tidak boleh dipandang rendah kerana masing-masing pernah bergandingan ketika di Real Madrid serta Mourinho juga merupakan individu bertanggungjawab membawa Ozil menyertai Real Madrid dahulu.
Hubungan diantara Ozil dan Mourinho juga tidak boleh dipandang rendah kerana masing-masing pernah bergandingan ketika di Real Madrid serta Mourinho juga merupakan individu bertanggungjawab membawa Ozil menyertai Real Madrid dahulu.
Jika ianya benar-benar terjadi, ini merupakan satu tamparan hebat buat peminat-peminat Arsenal dalam menghadapi musim hadapan lebih-lebih lagi jika Arsenal gagal mendapatkan pengganti yang setanding dengan mereka berdua.