Henrikh Mkhitaryan bakal memikul tugas berat bersama Arsenal setelah berjaya menyertai pasukan ini daripada Manchester United dengan pertukaran pemain - Alexis Sanchez.
Pemain berusia 29 tahun ini mengalami detik sukar ketika berada di Old Trafford dibawah kendalian Jose Mourinho namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap pemain Armenia ini dapat menemui semula rentak dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau ketika di Borussia Dortmund yang mana menyebabkan Manchester United menandatangani pemain ini dengan nilai perpindahan sekitar £ 30 juta pada tahun 2016.
Mkhitaryan bergelut untuk menjaringkan gol bersama Man. United walaupun tiba dari Dortmund dengan reputasi tinggi selepas mengharungi tiga musim cukup cemerlang di Liga Jerman dengan menghasilkan 41 gol dan 49 bantuan gol dalam kesemua kejohanan.
Ketiadaan Sanchez meninggalkan Mesut Ozil keseorangan sebagai pencetus dan pencipta peluang utama buat pasukan Arsenal ketika ini.
Dengan Aaron Ramsey masih bergelut dengan kecederaan dan memulihkan tahap kecergasan beliau, namun kehadiran Jack Wilshere dilihat mampu meringankan beban Ozil dalam mengerakkan barisan tengah dan jentera serangan Arsenal.
Mkhitaryan kelihatan bersedia untuk bermain di samping Ozil dan di belakang penyerang - Alexandre Lacazette jika beliau dapat mengembalikan prestasi sebagaimana ketika di Dortmund.
Formasi 3-4-3 |
Mkhitaryan dilihat mampu bermain dengan lebih bebas dalam formasi tiga pemain pertahanan yang dibentuk Arsenal berbanding ketika bersama Man. United yang memaksa beliau lebih banyak bermain secara bertahan.
Dengan prestasi dan kebolehan yang ada pada Mkhitaryan, jentera serangan Arsenal (bersama Ozil dan Lacazette) boleh menjadi lebih dinamik dengan Mkhitaryan mampu bertukar posisi lebih kerap.
Berbeza dengan Sanchez, beliau dilihat tidak terlalu 'meminta' bola dan ini memberi kelebihan buat Arsenal dalam meningkatkan corak permainan (fluidity) berpasukan Arsenal.
Sanchez dilihat memiliki kebolehan untuk menembusi serta mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan sementara Mkhitaryan pula memiliki kebolehan yang hampir serupa dengan Ozil iaitu kreativiti dan hantaran yang baik.
Dan dalam masa yang sama beliau akan turut terbeban dengan rekod gol dan bantuan gol yang dihasilkan Sanchez ketika bersama Arsenal.
Namun statistik Mkhitaryan menunjukan beliau lebih banyak membuat bantuan gol dan hantaran dalam setiap perlawanan berdasarkan data Squawka.
Sanchez vs Mkhitaryan |
Mkhitaryan berjaya membuat 82% dalam 'pass completion' melawan berbandingkan Sanchez yang hanya berjaya membuat 73%, ini menunjukkan gaya permainan beliau bersesuaian dengan corak permainan yang diterapkan oleh Wenger.
Sudah pasti Wenger berharap kemasukan Mkhitaryan mampu membantu Lacazette dalam menambahkan jaringan gol serta kebolehan sebenar pemain termahal yang pernah dibeli oleh Arsenal setakat ini.
Dan Wenger turut yakin beliau mampu meletakkan Mkhitaryan bersama Ozil, Ramsey dan Wilshere apabila mengeluarkan kenyataan:
"Just play the good players, they can always play together,"
Mampukan Mkhitaryan mengubah nasib Arsenal...?
Persoalan yang tidak mampu dijawab dalam masa singkat namun untuk seketika, sekurang-kurangnya aksi beliau mestilah mampu membuatkan kita melupai Alexis Sanchez.