Hasrat Mkhitaryan tercapai

Henrikh Mkhitaryan telah membuat 39 penampilan ketika bersama Manchester United dalam saingan Liga Perdana dengan merekodkan lima gol dan enam bantuan gol berjaya dihasilkan beliau. 



Beliau kini sah menjadi pemain Arsenal yang mana  turut menyaksikan Alexis Sanchez bertukar kelab dengan menyertai Manchester United.

Mkhitaryan ataupun lebih dikenali dengan panggilan Micki merupakan kapten pasukan kebangsaan Armenia dan juga pemegang rekod jaringan terbanyak Armenia (sepanjang zaman). 

Beliau juga  merupakan penerima Anugerah Pemain Bola Sepak Tahunan Armenia sebanyak lapan kali.


Pemain tengah berusia 29 tahun ini memulakan karier awal bersama pasukan Pyunik (Armenia) di mana beliau berjaya memenangi Liga Perdana Armenia sebanyak empat kali. 

Beliau kemudiannya berpindah ke Ukraine untuk bersama pasukan Metalurh Donetsk, sebelum menyertai Shakhtar Donetsk dimana beliau telah membuat 72 penampilan serta memenangi Liga Perdana Ukraine sebanyak tiga kali. 

Tahun 2013, beliau menyertai Borussia Dortmund dengan 90 penampilan berjaya direkodkan dan bersama Dortmund beliau menjadi sebahagian daripada skuad pasukan itu yang memenangani Piala Jerman 2014 (DFB-Pokal ).

"Saya sangat gembira kerana kami dapat menyelesaikan perjanjian ini dan saya sangat gembira berada di sini. Impian saya menjadi kenyataan kerana saya selalu bermimpi untuk bersama Arsenal. Sekarang saya di sini, saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab ini untuk mencipta sejarah. " - Mkhitaryan.

"Henrikh adalah pemain yang sangat lengkap. Beliau mencipta peluang, beliau bertahan dengan baik, beliau dapat bermain disegenap penjuru dan beliau juga sangat komited. Saya mengakui dan mengatakan bahawa beliau adalah pemain yang mempunyai semua sifat." - Arsene Wenger.

REKOD PENAMPILAN

Musim / Tahun Pasukan / Kelab Penampilan Gol Assists
2006–2009 FC Pyunik Erewan 12 11 -
2009–2010 Metalurh Donetsk 44 16 11
2010–2013 Shakhtar Donetsk 106 44 23
2013–2016 Borussia Dortmund 140 41 49
2016–2018 Manchester United 63 13 11
Jumlah 365 125 94

Sumber : Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post