Kisah kontrak pemain Arsenal yang unik dan istimewa


Penulis tertarik dengan salah satu tulisan daripada salah seorang admin Group Arsenal Malaysia Supporters (AMS) iaitu Admin Kacak.

Tulisan beliau yang menyentuh perihal pemain dan kontrak setelah Arsenal berpindah 'rumah' daripada Highbury ke Emirates.

Berikut adalah tulisan Admin Kacak AMS:

Selamat pagi semua... Dah puas bersarapan dengan gambar Micki dan Sanchez?

Hari ini admin kacak nak up isu tentang kontrak... Lately semenjak kita berpindah ke Stadium Emirates, Arsenal struggles dalam isu-isu berkaitan kewangan... samada gagal berbelanja besar, Arsenal jugak gagal memberi tawaran gaji yang lumayan...

Setelah berpuluh tahun jual dan beli pemain... Tak terkecuali menandatangani kontrak jangka panjang dan pendek... Ada juga beberapa pemain Arsenal yang mempunyai cerita-cerita mereka yang tersendiri dalam bab kontrak... berikut adalah kes-kes yang rare dan special sepanjang era Arsene Wenger...

INI BUKAN BEBENANG..INI KARANGAN..

TONY ADAMS


Dengan 'quotes' yang glamour dan power, Mr Arsenal dan one man teams ini dengan yakin dan penuh inspirasi mengatakan:

“I will sign every contract Arsenal put in front of me without reading it.”

Ini adalah contoh dedikasi seorang capten yang pernah wujud di zaman dinosaur Arsenal dulu... Zaman ketika wang bukan segalanya...

Tempoh kontrak : 1980-2002

DENNIS BERGKAMP


Siapa yang tak kenal manusia bernama Bergkamp ini...

Main power, pegang bola sedap, dribble pon lincah... Bergkamp telah melalui kontrak dengan polisi Wenger pemain berusia 32 tahun hanya akan diberi kontrak max 2 tahun... dan Bergkamp sign setiap tahun sehingga bersara pada umur 36tahun!! Takde hal... kata-kata beliau bila ditanya tentang kontrak:

"I've stayed for the right reasons - because I love playing for Arsenal,"

Tempoh kontrak : 1995-2006

SOL CAMPBELL DAN THIERRY HENRY


Antara nama penting dalam era invicibles... Sol Campbell dan Henry. 

Kedua-duanya pernah meninggalkan Arsenal... tetapi kedua-duanya juga melakukan 'come back' pada masa dan waktu yang sangat-sangat diperlukakan... 

Menandatangangi kontrak kedua ibarat kelahiran semula mereka dan sambutan meriah degnan penjualan jersi Campbell31 lebih laku dari jersi Silvestre dan Gallas...

Dan jersi Henry 12 menjadi antara koleksi rare di mata masyarakat Arsenal berbilang kaum.

JACK WILSHERE


Mungkin masih awal untuk mencalonkan Jack kerana beliau sedang diuji dengan kontrak baru dan masih belum sign lagi..

Tetapi Jack secara personalnya dan kecintaan beliau terhadap Arsenal telah mngatakan:

“I don't need an agent, because I'm never leaving Arsenal.I’ve been at the club since I was nine and I’ve learnt to love it, from the Vieira days to Bergkamp & even Fabregas. I want to be part of the future.”

Kita tunggu dan lihat... keep your promise Jacky boy!! 

Tempoh kontrak  : Umur 9 tahun - kini.

ABOU DIABY


Seorang prospek yang sepatutnya menjadi pengganti Vieira, Diaby akhirnya disumpah penyakit berpanjangan.

Walaupun begitu kelab tetap mmberikan beliau tempat setiap kali beliau pulih... Walaupun begitu disebabkan kerap injured kelab telah menetapkan kontrak special kepada beliau dipanggil:

Perennially-injured Arsenal midfielder set for "pay-as-you-play deal"

Diaby cuma dibayar jika beliau bermain dalam game official... tetapi kelab membenarkan beliau melakukan physio dan rawatan dikelab...

Tempoh kontrak : 2006-2015

Begitulah kelab dan Arsene Wenger dalam beberapa isu berkaitan kontrak di Arsenal... Jika kota (kita kut) merasakan semua pemain sekarang sudah pentingkan duit semata, mungkin ada pemain yang kita tidak suka atau kurangg hargai, tapi menyayangi kelab sepenuh hati... Mereka layak untuk kekal bersma kelab kesayangan ramai ini... bak kata org purba "bukan kau sorang je fan Arsenal"

Sekian..

Tulisan ini mendapat kebenaran daripada Admin Kacak AMS untuk diterbitkan di MyGooners.

Post a Comment

Previous Post Next Post