Hazard laung amaran

Menjelang pertembungan separuh akhir kedua Piala EFL - Carabao Cup diantara Arsenal menentang Chelsea.

Pemain Chelsea, Eden Hazard yang pernah mencetuskan kontroversi pada pertembungan liga ketika menentang Arsenal sebelum ini, melaungkan amaran bahawa pasukan beliau (Chelsea) bakal menyerang habis-habisan pada pertembungan kali ini.



Selepas terikat tanpa jaringan pada pertembungan  separuh akhir pertama di Stamford Bridge, kedua-dua pasukan memilikki kelebihan tersendiri pada pertembungan kali ini.

Dengan format kejohanan yang mengambil kira gol ditempat lawan (jika keputusan seri), Chelsea dilihat mempunyai kelebihan berbanding Arsenal.

Dan jika keputusan kekal terikat tanpa jaringan, penentuan sepakan penalti bakal digunakan bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Kontroversi penalti yang dihadiahkan kepada Chelsea selepas Bellerin didakwa mengasari Hazard.
Kedua-dua pasukan pada perlawanan terakhir masing-masing berjaya mencatatkan kemenangan besar dengan Chelsea berjaya menewaskan Brighton 4-0 manakala Arsenal pula berjaya menewaskan Crystal Palace 4-1.

Memetik laporan Metro, Hazard memberi amaran bahawa Chelsea tidak akan bermain secara bertahan pada perlawanan separuh akhir  Piala Carabao menentang Arsenal yang dijadualkan pada 25 Januari ini jam 4.00 pagi (waktu Malaysia).

Dan Hazard melaungkan amaran dimana Chelsea perlu bermain dengan menyerang pada perlawanan kali ini.
We will go there to win for sure because we want to win trophies at the end and the League Cup is a good trophy. If we are thinking to defend against Arsenal it’s a bad thing because we need to score goals. We will see the team, maybe the manager can change some players (after the win over Brighton). -Eden Hazard.

Post a Comment

Previous Post Next Post