Iwobi berdepan tindakan disiplin daripada Arsenal

Arsene Wenger bakal menghukum Alex Iwobi jika laporan mengenai pemain tengah ini berparti sebelum perlawanan menentang Nottingham Forest adalah benar.

Laporan akhbar UK mendedahkan dimana Alex Iwobi menyertai parti kurang daripada 48 jam sebelum perlawanan menentang Nottingham Forest dalam saingan Piala FA yang akhirnya menyaksikan Arsenal tersungkur dengan keputusan 4-2.



Akhbar The Sun mendedahkan rakaman imej yang memaparkan Iwobi sedang berpesta dirumah pada awal pagi Sabtu (waktu UK).

Pemain antarabangsa Nigeria berusia 21 tahun itu beraksi 90 minit di City Ground pada hari Ahad, di mana jaringan daripada Per Mertesacker dan Danny Welbeck tidak memadai untuk menghalang Arsenal daripada dimalukan kelab yang bersaing didalam liga Championship apabila tewas 4-2; sekaligus gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Arsene Wenger dalam sidang media menjelang pertembungan menentang Chelsea bagi aksi Piala EFL - Carabao Cup, mengesahkan bahawa beliau akan membincangkan perkara tersebut (dakwaan berparti) dengan Iwobi dan akan mengambil tindakan jika tuduhan tersebut adalah benar.

"Jika benar, beliau akan didenda"

"Ianya sesuatu yang tidak boleh diterima jika perkara tersebut berlaku kurang 48 jam sebelum perlawanan"

"Saya akan berbincang dengan beliau bagi mendapat kepastian sama ada ianya benar atau tidak"

"Jika ianya adalah parti harijadi, berapa lama beliau berada disitu? Itu yang paling penting. Dan saya akan memutuskan tindakan selanjutnya"

"Sebagai pemain bolasepak, anda harus bersedia dan memberikan 100 peratus namun kadangkala ia tidak menjamin hasil (persembahan) yang terbaik, tetapi itu tuntutan terbaik daripada sikap seorang pemain profesional" Jelas Wenger.

Laporan The Sun turut mendakwa bahawa terdapat bukti penggunaan dadah terlarang pada pesta yang dihadiri oleh Iwobi itu.

Namun tiada laporan yang mengatakan atau mengaitkan bahawa Iwobi terlibat dalam pengambilan dadah terlarang tersebut.

"Anda perlu berhati-hati dengan berita yang keluar - apabila anda membaca apa yang telah dilaporkan ianya seperti beliau telah mengambil dadah namun beliau tidak terlibat dalam hal itu,"

"Jika jiran anda mengambil dadah, apa yang anda boleh lakukan? Anda hanya bertanggungjawab terhadap kelakuan dan sikap anda." jelas Wenger pada sidang media tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post