Manchester City capai persetujuan bersama Alexis Sánchez

Manchester City dan Alexis Sánchez dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama dengan terma yang melibatkan pemindahan pemain ini.

Menurut Gianluca Di Marzio dari Sky Italia, City bersetuju untuk membayar gaji Sanchez dengan nilai berjumlah £250,000 seminggu  dan jumlah ini hampir dua kali ganda dengan gaji semasa Sanchez bersama Arsenal ketika ini.

Arsenal sebelum ini telah menawarkan kenaikan gaji yang tinggi (besar) kepada Sanchez dalam cubaan untuk mengekalkannya di Emirates namun semuanya jelas bahawa Sanchez tetap dengan pendirian untuk berhijrah.

Di Marzio juga melaporkan dimana Sanchez bakal menerima £30 juta jika menyertai City secara percuma pada musim depan.

Namun, sekiranya perpindahan ini berlaku pada bulan Januari, sumber daripada wartawan Itali itu mendedahkan dimana City bersedia untuk membayar Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £20 juta dan Sanchez bakal menerimana £15 juta (signing-on fee).

Arsenal turut dilaporkan bersedia untuk berunding dengan nilai perpindahan Sanchez yang dianggarkan bernilai sekitar £30 juta.

Satu perkara yang jelas,dimana Arsenal sedia melepaskan Sanchez pada bulan ini dan City pula dilaporkan mahu urusan ini diselesaikan dengan segera.

Post a Comment

Previous Post Next Post