Wenger masih tidak dapat melupakan penalti Hazard

Insiden Chelsea dihadiahkan penalti pada perlawanan minggu lalu masih memberi kesan kepada Arsene Wenger.

Minggu lalu, Arsenal yang menerima kunjungan Chelsea pada saingan liga dikecewakan dengan sepakan penalti setelah Bellerin didakwa mengasari Hazard.

Perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2 dan Wenger memprotes keputusan pengadil yang menghadiahkan penalti kepada Chelsea kerana menurut beliau tindakan pemain Chelsea itu adalah berlebihan (menipu) bagi mendapatkan penalti.

Tindakan Bellerin terhadap  Hazard yang menghadiahkan penalti kepada Chelsea.
Wenger berulang kali melabelkan keputusan pengadil perlawanan,  Anthony Taylor sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya dibuat (menghadiahkan penalti) selepas perlawanan tersebut berakhir dan pagi esok, Arsenal sekali lagi bakal bertembung Chelsea pada saingan Separuh Akhir Piala EFL - Carabao Cup.

Dan perlawanan pagi esok, Chelsea dijangkakan bakal menurunkan pemain itu sekali lagi selepas disisihkan pada perlawanan Piala FA diantara Chelsea menentang Norwich City yang berkesudahan seri tanpa jaringan akibat kecederaan ringan yang dialami pemain itu.

Namun beliau (Hazard) dilaporkan cukup cergas bagi menghadapi Arsenal pada perlawanan esok yang bakal dilangsungkan jam 4 pagi waktu Malaysia.

Manakala Wenger pula bakal berada ditempat duduk penonton setelah dikenakan penggantungan tiga perlawanan akibat mengeluarkan komen yang mempertikaikan mutu pengadilan (mempertikaikan keputusan Mike Dean).

Wenger menerima padah apabila mempertikaikan keputusan Mike Dean.
Memetik temurah Wenger yang disiarkan pada laman Goal;

Wenger mempersoalkan keputusan pengadil yang kemudiannya menyaksikan mereka seolah bertengkar mengenai perkara tersebut dan Wenger turut mempertikaikan bagaimana pemain yang mengalami kecederaan mampu mengambil sepakan penalti dengan segera (merujuk kepada Hazard).
You see how Hazard goes down and you see how quickly he takes the penalty when he gets the penalty. If he was so injured, why did he take the penalty? He made more of it, [like a] professional, basically, and shouts. I can understand that. I do not blame Hazard. He acted in a very professional way to get the penalty for his team, which he did well. 
Wenger sekali lagi bakal berada ditempat duduk penonton di Stadium Stamford Bridge selepas dikenakan penggantungan yang mana sebelum ini pada Februari tahun lalu turut mengalami perkara yang sama iaitu tidak dibenarkan berada dibangku simpanan pemain.

Dan peristiwa ini pasti tidak menyenangkan Arsene Wenger yang mana menurut beliau berdasarkan pengalaman lalu di Stamford Bride, ianya sesuatu yang tidak menyelesakan buat beliau untuk berada ditengah-tengah kumpulan penyokong.
I was in the middle of the crowd. [It was] very uncomfortable. It was not a pleasant experience. But at Chelsea you have to go on the other side to go in the directors' box. So the time [it takes to] get around the stadium, it's 10 minutes played. I sat next to a guy. He says 'Hello, how are you?' And I said, 'Good afternoon.' He said, 'I'm your gardener.' And I didn't know him. He was an Arsenal fan, who went to the game at Chelsea.

Post a Comment

Previous Post Next Post