Jack Wilshere layak bersama skuad England

Per Mertesacker puji Jack Wilshere sambil sifatkan pemain itu layak beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Per Mertesacker, 33 tahun bersara daripada aksi antarabangsa selepas menjuarai Piala Dunia 2014 bersama Jerman, percaya bahawa rakan sepasukannya di Arsenal itu sememangnya layak beraksi bersama skuad kebangsaan England bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018.


Wilshere, 26 tahun merupakan seorang pemain berbakat besar namun seringkali aksi cemerlang beliau dihantui dengan masalah kecederaan yang akhirnya menyaksikan pemain ini dipinjamkan semusim ke Bournemouth pada musim lalu.

Per menjulang Piala Dunia 2014 bersama skuad Kebangsaan Jerman sebelum memutuskan persaraan diperingkat antarabangsa.

Kembali bersama Arsenal musim ini, beliau terpaksa bersabar dan menunggu peluang yang ada sebelum berjaya mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang dan lebih bagus jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Boleh dikatakan Jack Wilshere (26 tahun) kini semakin matang baik dari segi permainan mahupun dalam mengawal emosi beliau ketika dipadang.

Dengan lapan penampilan utama (selaku pemain kesebelasan utama) musim ini, Jack berjaya menjaringkan satu gol selain menghasilkan dua bantuan gol dalam aksi saingan liga (13 perlawanan secara keseluruhan).

Turun selaku pemain Defensive Midfielder sebanyak empat kali dan dua kali selaku pemain Attacking Midfileder (selebihnya adala Center Midfidfielder), Jack dilihat semakin cemerlang dan sedikit pun tidak terganggu dengan isu kontrak beliau yang semakin hampir menuju ke penghujung (bakal tamat pada Jun 2018).

Sebaliknya beliau terus berjuang dan mempamerkan pemainan yang konsisiten setiap kali diturunkan.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 13 1 2 806
Europa League 6 1 2 472
EFL Cup 4 - - 351
Premier League 2 2 - 1 137
JUMLAH 25 2 5 1,766

Dan dengan peningkatan dan kematangan aksi beliau, Per Mertasacker memuji rakan sepasukan beliau ini dan menganggap prestasi Jack Wilshere layak menerima pujian dan dipanggil menyertai skuad England.

"Prestasi Jack ketika ini sangat mengagumkan dan beliau mampu memimpin permainan dan itulah yang kita mahu dari beliau. Beliau telah menunjukkan apa yang beliau mampu lakukan dan beliau telah membuat beberapa keputusan yang bijak."

"Yang mana ianya baik untuk dirinya sendiri dan juga untuk masa depan beliau, untuk berkembang dan menjadi lebih baik sebagai individu dan juga sebagai pemain."

"Semuanya ada pada dirinya kini dan jelas dia mencabar dirinya sendiri setiap hari."

"Beliau memberikan dan mempunyai pengaruh positif terhadap seluruh pasukan dan itulah yang saya perlukan daripada setiap pemain dalam skuad ini."

"Jack adalah contoh yang sempurna untuk semua itu. Beliau melalui saat dimana beliau mengalami peristiwa buruk dan masa yang sukar namun beliau terus berjuang dan berjaya bangkit untuk menjadi lebih cemerlang. Tiada apa-apa pun yang diberikan kepadanya - beliau bekerja keras untuk semua itu dan kini beliau sedang menikmati permainan yang cukup cemerlang."

Dan Kapten Arsenal ini melihat dimana tidak ramai pemain England yang mampu mencabar atau mempunyai kekuatan mental serta kebolehan teknikal seperti Jack Wilshere.

"Beliau sepatutnya dan seharusnya bersama England" tambah Per Mertasacker.

"Sepanjang mengenali beliau, beliau kini semakin matang. Beliau menggunakan setiap kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya (beraksi dengan cemerlang)."

"Dan sekarang beliau perlu mengambil peluang ini untuk bersama England. Beliau kini tidak lagi mudah kehilangan bola dan begitu tenang mengawalnya, malah beliau juga tidak hilang fokus dalam visi dan kebijaksanaan beliau ketika beraksi."

"Sekarang beliau boleh membina gaya permaian dengan semua yang telah beliau pelajari dan ia cukup menarik untuk melihat seorang pemain Inggeris berkembang seperti itu dan benar-benar cuba untuk memperbaiki dan membuat perkara tersebut berlaku."

"Setelah melalui apa yang beliau alami, dengan semua kecederaan, pastinya menjadikan beliau kini lebih matang."



Dan lima hari yang lalu, laporan The Times UK mengatakan bahawa pengurus England, Gareth Southgate dikatakan sedia memanggil Jack Wilshere untuk bersama skuad kendalian beliau dalam menghadapi perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali pada Mac ini bagi persiapan pasukan itu menghadapi kejohanan terbesar dan berprestij bolasepak (Piala Dunia).

Post a Comment

Previous Post Next Post