Mesut Ozil bakal jadi watak utama Arsenal

Ketiadaan Alexis Sanchez memberi peluang kepada pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil untuk menjadi watak utama Arsenal.

Musim ini terutamanya diawal musim, beliau kerap menerima kecaman dengan aksi yang tidak kosisten serta ditambah dengan isu kontrak beliau yang masih tidak menemui jalan penyelesaian bersama Arsenal, membuatkan kecaman sering kali ditujukan kepada beliau.



Jika dibandingkan dengan Sanchez, boleh dikatakan beliau lebih teruk menerima kecaman serta kritikan terutamanya apabila pasukan mengalami kekalahan dan prestasi buruk.

Layanan berat sebelah yang diterima beliau daripada media dan pengkritik, dilihat seolah-olah ingin melihat atau memaksa Ozil meninggalkan Arsenal.

Sering kali dilabelkan gagal beraksi cemerlang (tenggelam) didalam perlawanan 'besar', namun pada aksi menentang Chelsea, aksi beliau begitu cemerlang.

Beliau dlihat berada hampir disegenap penjuru padang (terutamanya pada separuh masa kedua) pada perlawanan separuh akhir Piala Carabao yang menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea 2-1 dan seterusnya layak beraksi diperlawanan akhir.

Heatmaps Arsenal secara keseluruhan ketika menentang Chelsea dalam saingan separuh akhir Piala Carabao.
Heatmaps Ozil secara keseluruhan ketika menentang Chelsea dalam saingan separuh akhir Piala Carabao.
Walaupun beliau tidak menjaringkan gol ataupun tiada bantuan gol berjaya dihasilkan beliau, namun prestasi dan persembahan beliau pada perlawanan ini layak menerima pujian apabila berjaya mengucar kacirkan barisan pertahanan Chelsea.

Beliau dilihat berjaya melepaskan tekanan yang dihadapinya dalam beberapa perlawanan sebelum ini apabila menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk menarik pemain Chelsea keluar daripada posisi mereka bagi mencipta ruang kepada rakan sepasukan selain mencipta beberapa peluang.

Dalam perlawanan itu, Ozil merupakan pemain Arsenal yang paling banyak melakukan 'keypass' - sebanyak empat kali.

*Keypass – adalah hantaran yang membawa kepada percubaan kearah pintu gol yang gagal disempurnakan. 



Ia adalah persembahan yang begitu menakjubkan buat pemain itu yang dilihat kembali kepada prestasi sebenar beliau (dengan kualiti yang ada pada Ozil).

Namun, dengan kontrak yang bakal berakhir pada penghujung musim ini, sudah tentu ianya amat merisaukan peminat dan penyokong Arsenal lebih-lebih lagi setelah kehilangan Alexis Sanchez.

Musim ini, ketika beliau dan pasukan dilihat terumbang-ambing begitu juga dengan Sanchez, perhatian (kritikan dan kecaman) lebih tertumpu kepada beliau.

Namun beliau akhir-akhir ini berjaya menutup mulut pengkritik dengan prestasi sebenar beliau dan sayangnya segala pujian lebih kerap tertumpu kepada Sanchez.

Dengan ketiadaan Sanchez, Ozil dilihat bakal menjadi watak penting pasukan Arsenal bagi mengharungi (menghabiskan) musim ini.

Kehadiran Jack Wilshere ketika ini mampu membantu Ozil keluar daripada bayangan Sanchez dan seterusnya mampu memberikan atau menghasilkan sesuatu yang positif kepada jentera serangan Arsenal.

Rekod Ozil dan Sanchez untuk 3 musim terkini bersama Arsenal.

Pemain 2015-2016 2016-17 2017-18
Penampilan Gol Bantuan Gol Penampilan Gol Bantuan Gol Penampilan Gol Bantuan Gol
Ozil 45 4 8 44 12 14 20 4 6
Sanchez 41 17 11 51 30 19 22 8 4

Manakala rekod Ozil dan Sanchez secara keseluruhan.

Pemain Rekod Bersama Arsenal Rekod Peribadi (bersama kelab) Rekod bersama pasukan kebangsaan
Penampilan Gol Bantuan Gol Penampilan Gol Bantuan Gol Penampilan Gol Bantuan Gol
Ozil 181 36 63 527 97 203 88 22 40
Sanchez 166 80 46 450 152 105 112 39 37

Statistik Musim ini bersama Arsenal.

Pemain Squawka - score Appearances Goal Shot Accurary Chances Created Pass Accuracy Duels Won
Ozil 749 19 4 48% 64 87% 50%
Sanchez 569 19 7 57% 50 73% 49%


Ozil pada musim pertama (2013-14) bersama Arsenal (tanpa kehadiran Sanchez) telah membuat 26 penampilan liga dengan lima gol serta 10 bantuan gol berjaya dihasilkan beliau manakala Sanchez pada musim pertama (2014-15) bersama Arsenal telah membuat 35 penampilan liga dengan 16 gol serta lapan bantuan gol dihasilkan.

Situasi berbeza Arsenal ketika ini dengan menyaksikan pemain keluar masuk selain perubahan pada bahagian teknikal (barisan belakang tabir) dan Ozil pula hampir lima tahun bersama Arsenal, sudah pasti beliau memahami rentak permainan Arsenal.

Tibalah masa buat beliau menjadi nadi kepada Arsenal dan mungkin mampu menjadi lagenda kelab sekiranya beliau kekal bersama Arsenal dengan menyambung kontrak baru.

#YaGunnersYa





Post a Comment

Previous Post Next Post