Juventus turut berminat dapatkan Mesut Özil

Juventus dalam perkembangan terbaru dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Mesut Özil

Dan diturut dilaporkan dimana Sami Khedira bakal memainkan peranan penting dalam memujuk rakan senegara beliau itu.


Laporan daripada Itali, Corriere dello Sport mendedahkan dimana Juara Liga Itali itu sedia menawarkan kontrak kepada Ozil dengan jumlah melebihi £7 juta setahun dan jumlah ini jauh lebih tinggi daripada apa yang Ozil terima bersama Arsenal ketika ini.

Manakala Manchester United, sebelum ini turut dikatakan berminat mendapatkan Ozil namun menurut laporan terkini pasukan tersebut hanya mahu mendapatkan Ozil secara percuma setelah berakhirnya saingan liga musim ini.

Dan ini memberi peluang kepada Juventus untuk berunding bersama Ozil serta menggunakan pengaruh rakan karibnya, Khedira dalam memujuk pemain ini.

Jika Arsenal melepaskan Ozil pada Januari ini, siapakah yang bakal menggantikan tempat beliau didalam skuad utama Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post