Kenapa Arsenal perlu kekalkan Ozil dan Wilshere

Masa depan tiga pemain utama Arsenal.

Mesut Ozil, Alexis Sanchez dan Jack Wilshere bakal menamatkan kontrak mereka bersama Arsenal pada Jun ini ataupun pada penghujung musim ini dan mereka bertiga ketika ini boleh menandatangani pra-kontrak bersama mana-mana pasukan lain.



Namun cerita sebaliknya terjadi jika mereka ini dilepaskan (dijual) pada jendela perpindahan Januari yang hanya tinggal kira-kira 14 hari lagi.

Tulisan ini bukanlah untuk mengutuk atau menafikan sumbangan mereka bertiga lebih-lebih lagi Sanchez - kerana tulisan ini tidak begitu 'pro' terhadap beliau.

Kenapa Arsenal perlu kekalkan Ozil dan Wilshere sebaliknya melepaskan Sanchez.

Maaf jika ada peminat dan penyokong Sanchez terasa dengan tulisan ini.

Pertamanya, Sanchez pernah dilaporkan mahu meninggalkan Arsenal walaupun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak (Sanchez dan Arsenal).

Dan kita semua tahu bahawa pemain ini sememangnya mahu berpindah meninggalkan Arsenal serta enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.
It looks like Sánchez will not extend his contract. - Wenger
Media UK turut melaporkan dimana, diantara mereka bertiga, hanya Sanchez seorang sahaja yang kuat diperkatakan bakal meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini.

Manakala Ozil, masih menjadi tanda-tanya - kekal atau berpindah pada penghujung musim ini dan setakat ini tiada laporan yang mengatakan bahawa beliau mahu meninggalkan Arsenal.

Lain pula cerita mengenai Jack Wilshere. Tiada apa yang dapat menafikan bahawa beliau sememangnya mahu kekal bersama Arsenal dan hanya menanti tawaran dibuat oleh pihak Arsenal untuk beliau menandatangani perjanjian baru.

Terbaru dikatakan, bahawa tawaran kontrak telah pun dikemukakan kepada Wilshere namun jumlah gaji yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada apa yang diterima beliau ketika ini (£90,000 gaji semasa Wilshere).

PRESTASI SEMASA ARSENAL


Mengambil kira prestasi semasa Arsenal, amat memedihkan serta menyedihkan jika ketiga-tiga mereka ini meninggalkan Arsenal terutama pada jendela perpindahan Januari.

Dan pada perlawanan sebelum ini, ketika tewas kepada Bournemouth, ketiadaan Ozil dan Sanchez pada bahagian tengah menyaksikan jentera serangan Arsenal dilihat bermasalah dalam menembusi barisan pertahanan lawan.

Kekurangan idea dan kreativiti pada bahagian tengah menjadi punca ketara pada persembahan Arsenal yang dilihat gagal untuk menghasilkan sesuatu yang positif.

KEKALKAN OZIL DAN WILSHERE


Andai kata Mesut Ozil dan Alexis Sanchez meninggalkan Arsenal, tugas untuk membina kembali pasukan tentu menjadi lebih sukar kerana selain memerlukan dua pengganti, ianya turut bakal mengambil masa ataupun memerlukan masa bagi mencari rentak diantara pemain (pengganti) untuk menyesuaikan diri bersama taktikal dan rakan sepasukan.

Adalah lebih baik melepaskan Sanchez seorang sahaja pada Januari ini daripada melepaskan dua pemain (Sanchez dan Ozil) kerana sekurang-kurangnya Arsenal tidak memerlukan banyak masa untuk membina kembali pasukan (persefahaman diantara pemain baru).

Dan gandingan Ozil bersama Wilshere juga boleh dianggap baik dengan ditambah Ramsey yang kembali beraksi setelah mengalami kecederaan.

Sudah tentu kehilangan Sanchez tidaklah begitu dirasai jika dibandingkan dengan ketiadaan Ozil dan Sanchez serentak, sebagaimana pada perlawanan menentang Bournemouth baru-baru ini.

Serta prestasi Wilshere juga amat mengagumkan dan ketika ini boleh dikatakan bahawa hanya beliau seorang sahaja yang nampak begitu jelas bermain demi lencana didada.

KONTRAK PEMAIN

Menurut laporan, Arsenal yakin bahawa mereka mampu mengekalkan Ozil bersama mereka buat tempoh jangka masa panjang dan rundingan mengenai kontrak (penyambungan) Ozil sedang diusahakan serta dikatakan menuju jalan positif.

Memetik laporan The Guardian, Wenger mahu mengekalkan Wilshere dan juga Ozil namun ianya bergantung kepada keputusan pemain kebangsaan Jerman itu untuk memutuskan masa depan dirinya.

Dan ditanya mengenai apakah faktor yang mendorong pemain kebangsaan Jerman itu untuk membuat keputusan (sama ada trofi kejuaraan ataupun wang ringgit), Wenger menjelaskan dimana Ozil mahukan (dahagakan) kejayaan (kejuaraan) serta wang yang mana kelab dapat menjaminkan dua-dua faktor tersebut kepada beliau (Ozil).

KESIMPULAN

Pada Januari (jendela perpindahan) ini, penulis berharap Arsenal hanya melepaskan Sanchez seorang sahaja daripada kalangan pemain utama dan Ozil jika mampu kekalkan, dikira bonus. Namun jika gagal dalam rundingan, eloklah dilepaskan pada penghujung musim bagi mengurangkan risiko prestasi teruk pasukan.

Selain melepaskan beberapa pemain yang tidak lagi berada dalam senarai pemain utama dan membawa masuk beberapa pemain yang mampu mengembalikan 'kebisaan' Arsenal.

Kemasukan pemain bintang bukanlah jaminan untuk mengembalikan kegemilangan dan prestasi terbaik Arsenal ketika ini.

Apa kata anda pula?


Post a Comment

Previous Post Next Post