Presiden Bordeaux sifatkan perpindahan Malcom ke Arsenal hanya spekulasi, Giroud bakal ke Bundesliga

Sebelum ini, heboh diperkatakan bahawa Arsenal semakin hampir menandatangani pemain muda Bordeaux, Malcom.

Dan empat hari lalu, laporan mengatakan dimana Arsenal sedia berunding untuk membawa Malcom menyertai The Gunners serta semalam pula terdapat laporan yang mengatakan Arsenal bakal menandatangani pemain ini minggu depan.

Namun hari ini Presden kelab Bordeaux, Stephane Martin menjelaskan bahawa laporan yang mengaitkan perpindahan Malcom ke Arsenal hanyalah spekulasi semata-mata.

Pemain muda kelahiran Brazil ini dikatakan hampir pasti untuk menyertai Arsenal dengan laporan mengatakan Arsenal bersedia mengeluarkan belanja berjumlah £45juta bagi mendapatkan Malcom.

Dan pembelian ini merupakan pelaburan jangka masa panjang buat Arsenal dan bukanlah sebagai pengganti kepada kehilangan Sanchez yang bakal dilepaskan pada bulan ini (Januari).

Martin dalam laporan terkini turut mendedahkan dimana pemain muda ini tidak akan dilepaskan oleh beliau pada bulan ini dan menegaskan bahawa Malcom bukanlah untuk dijual.

Beliau turut menegaskan bahawa setakat ini masih tiada rundingan dijalankan diantara kedua-dua belah pihak (Bordeaux dan Arsenal).
Things are clear with his agents. We did not sign him to an extension and tie him to something, to let him go this winter. We have never had a discussion with Arsenal. From our point of view, it is nothing but hot air. They can always try, but they will struggle to take him from us.  - London Evening Standard.

Laporan London Evening Standard, itu turut melaporkan dimana Arsenal sedia untuk membawa Aubameyang dengan nilai perpindahan mencecah £35 juta dengan ditambah Giroud sebagai pertukaran pemain.
Arsenal are set to make an opening offer of £35m plus striker Olivier Giroud for Borussia Dortmund star Pierre-Emerick Aubameyang, reports Simon Johnson.  - London Evening Standard.
Aubameyang bakal ditukarkan dengan Giroud + £35 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post