Perpindahan Pemain: Theo Walcott bakal sertai Everton

Satu satunya pemain yang masih kekal di bawah seliaan Wenger sejak 2006/2007... akhirnya bakal meninggalkan Emirates.

TW14 dibeli dari Akademi Southampton pada 2006 ketika usia 17 tahun.

Impak besar ketika itu dilihat sebagai pemain berbakat utk masa hadapan skuad Arsenal dan England.



Mendapat status tinggi bila disenaraikan ke Piala Dunia 2006.

Di awal bersama Arsenal, TW sukar mendapat tempat kerana pasukan masih dibarisi pemain senior.

Seringkali diturunkan sebagai pemain gantian atau utk saingan Piala FA atau EFL bersama sama pemain pemain muda lain yang dianggap sebagai pelapis masa hadapan Arsenal.

Van Persie, Fabregas, Nasri, Hleb, Glichy, Hleb, Vella, Sanderos, Djouru, Hoyt, Diaby, Traore,... dan beberapa nama lain seangkatan beliau.... atas pelbagai sebab seorang demi seorang meninggalkan Arsenal.

TW kekal hingga musim 2017/18.

TW memang seorang pemain yg berpotensi. Episod kecederaan panjang membuatkan nama beliau tenggelam.

Bergelut untuk cuba mengembalikan prestasi. Pernah direhatkan selama 280 hari akibat pecah ligamen bhgn lutut pada 2013/14.

Info terbaru, TW telah lulus ujian kecergasan di Everton serta saling bersetuju terma terma dan syarat dari kedua dua pihak.

Hanya menunggu masa pengumuman Rasmi.

Selamat tinggal Walcott.

108 Gol yg telah berjaya disumbangkan.

Memadai untuk nama terpahat antara pemain yang melepas 100 gol bersama kelab.

-Uncle Bard-


Post a Comment

Previous Post Next Post