Normal buat Lacazette bergelut

Adalah normal buat Lacazette bergelut ketika ini jelas Wenger.

Arsene Wenger dalam laporan FFT, mendedahkan dimana beliau merasakan Alexandre Lacazette masih perlukan masa bagi mengimbangi corak permain fizikal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Lacazette, 26 tahun menjadi pemain termahal yang pernah dibeli oleh Arsenal dalam sejarah kelab, ketika ini masih bergelut dalam mempamerkan aksi terbaik beliau dalam saingan liga yang lebih intensiti serta fizikal berbanding Liga Perancis.

Pemain kebangsaan Perancis ini hanya mampu menjaringkan lapan gol daripada 23 penampilan liga (19 bemula sebagai kesebelasan utama).

Perkembangan pemain ini bagaimanapun tidak begitu merisaukan Wenger dan beliau menganggap ianya adalah normal buat pemain tersebut menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru (cabaran dan saingan liga).

Namun bukan Lacazette sahaja yang bergelut ketika ini, malahan beberapa pemain baru yang baru menyertai Liga Perdana turut menghadapi masalah yang sama  terutamanya pemain Chelsea, Alvaro Morata yang masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

Begitu juga dengan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku yang ketika menghadapi masalah dalam mengekalkan rentak selain menjaringkan gol.

Lacazette Lukaku Morata
Nilai perpindahan £52.6 juta £75 juta £70 juta
Penampilan Liga 23 21 20
Jaringan 8 10 10
Bantuan gol 4 4 4
*Sumber Goal

"Ianya sentiasa memberi kejutan kepada para pemain," kata Wenger mengenai perubahan yang diperlukan daripada pemain baru yang pertama kali beraksi didalam Liga Perdana.

"Kelajuan permainan dan bermain lebih banyak perlawanan memerlukan fizikal untuk membiasakannya, begitu juga minda. Ia adalah satu tempoh yang sukar buat tahun pertama, kerana faktor keluarga juga memainkan peranan dan ia sedikit kurang berorientasikan bolasepak."

"Namun anda harus membiasakannya dan beliau telah bermain banyak perlawanan sehingga sekarang dan saya ingin mengatakan bahawa tekanan fizikal terhadap penyerang di England telah menjadi sangat besar."

Chelsea turut melakukan pembelian dengan rekod perpindahan tertinggi mereka apabila membawa Alvaro Morata dari Real Madrid musim ini dan pemain antarabangsa Sepanyol itu turut mengalami kesukaran yang sama selepas bermula baik pada awal saingan liga.

Alvaro Morata juga bergelut didalam Liga Perdana Inggeris.
"Ia adalah normal" menurut Wenger.

"Morata, juga seperti Lacazette, beliau berusaha namun beraksi di England dan menentang pasukan yang begitu tersusun dan bermain secara fizikal dengan kehebatan selama 90 minit, sememangnya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri."

"Pemain pertahanan sekarang telah menjadi lebih pantas dari sebelum ini. Mereka semuanya adalah atlet sekarang di barisan pertahanan."

"Apa yang beliau (Lacazette) perlu lakukan adalah untuk mengatasi intensiti cabaran ini. Di Perancis, jika anda dijatuhkan, anda mendapat tendangan bebas. Di England, anda dijatuhkan dan tidak akan mendapat sebarang tendangan bebas.  Jadi seorang penyerang harus membiasakan diri."

"Beliau biasa menjaringkan 30 gol setiap tahun sehingga kini, walaupun beliau tidak meluahkan kekecewaan beliau, namun saya percaya beliau sememangnya kecewa."

Sumber: FFT

Post a Comment

Previous Post Next Post