Jaringan menarik daripada Nabil Fekir bantu Lyon tewaskan Paris Saint-Germain (PSG)

Pemain Lyon yang dikaitkan dengan perpindahan ataupun menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan ini, Nabil Fekir terus pamer aksi cemerlang.



Terbaru pada aksi awal pagi tadi ketika membantu Lyon menewaskan Paris Saint-Germain 2-1.

Fekir meletakkan Lyon didepan seawal minit ke-2 perlawanan apabila berjaya menjaringkan gol yang cukup menarik melalui sepakan percuma dari jarak 30 meter untuk menewaskan penjaga gol PSG, Alphonese Areola.

Gol sepakan percuma Fekir pada minit ke-2.
Jaringan tersebut menyaksikan beliau kini telah berjaya menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut buat Lyon selain mengumpul 16 gol dalam saingan Liga Perancis (Ligue 1) musim ini. 

PSG berjaya menyamakan kedudukan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan melalui Kurzawa (minit ke-45+3), namun bekas pemain Manchester United, Memphis Depay muncul wira Lyon apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94.

Kekalahan PSG ini menyaksikan mereka ini hanya dipisahkan dengan lapan mata dengan Lyon yang menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 48 mata (PSG 56 mata - kedudukan pertama Ligue 1).

Highlight perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post