Punca Adebayor bencikan Arsenal

Emmanuel Adebayor dedahkan layanan Arsène Wenger terhadap beliau dan bukannya peminat Arsenal yang membangkitkan kebenciannya terhadap Arsenal.

Adebayor menghabiskan tiga musim bersama Arsenal sebelum menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan sekitar £25 juta pada tahun 2009.


Penyerang berusia 33 tahun yang kini beraksi bersama kelab Turki, İstanbul Başakşehir mendedahkan situasi sebenar yang berlaku pada dirinya ketika bersama Arsenal dalam temubual bersama TRT World.

Menurut Adebayor sebagaimana dipetik daripada temubual bersama TRT World, beliau sememangnya tidak mahu meninggalkan Arsenal namun desakan Wenger yang mengatakan beliau tidak lagi diperlukan bersama Arsenal memaksa beliau menyertai Manchester City.

Beliau turut mendedahkan dimana Wenger turut 'mengugut' beliau dengan kenyataan yang dipetik daripada temubual itu:

"Kamu berpindah atau kamu kekal dan tidak akan bermain dalam sebarang perlawanan"

"Jadi saya tidak mempunyai pilihan lain selain menyertai Man City yang mana saya sangat gembira untuk menyertainya."

"Dan pada keesokan harinya ketika saya menyertai Manchester City, saya melihat beliau (Wenger) dalam sidang media di London mengatakan bahawa saya ingin berhijrah (keluar meninggalkan Arsenal) kerana faktor kewangan (tawaran gaji lebih baik), dan berpunca daripada itulah kebencian saya terhadap Arsenal bermula."

"Bukan penyokong kerana penyokong (Arsenal) merupakan penyokong Inggeris pertama yang menyanyikan nama saya di London."

"Sehingga ke hari ini, apabila saya menonton mereka (Arsenal) bermain saya mahukan mereka menang tetapi pada masa yang sama saya juga mahukan mereka kalah kerana kemarahan saya terlalu besar buat mereka. "

Video Temubual Adebayor bersama TRT World


Petikan kata-kata Adebayor tahun 2010 dalam pendedahan beliau kepada The Guardian.
"If I had really wanted to, I would have left two years ago for the money and gone to Milan or Barcelona."
"I read that it was me who was the troublemaker in the changing room. That's unbelievable. If one player can say that I, Emmanuel Adebayor, spoke badly to anyone in the changing rooms then I'd honestly like to know who it is. It has never happened in my life."

Video penuh termuramah beliau bersama TRT World 

Post a Comment

Previous Post Next Post