Tiada apa-apa perkembangan mengenai Aubameyang

Tiada apa yang berlaku mengenai Aubameyang - Wenger

Dengan Alexis Sanchez sedia untuk meninggalkan Arsenal, Arsene Wenger pula mendedahkan bahawa "tidak ada apa yang berlaku" mengenai tawaran Arsenal yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang. 




Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund Hans-Joachim Watzke mendakwa bahawa Arsenal telah membuat tawaran kepada mereka bagi mendapatkan Aubameyang.

Selepas mencapai kemenangan 4-1 keatas Crystal Palace, Wenger menengaskan bahawa ketiadaan pemain kebangsaan Gabon itu bersama skuad Dortmund ketika menghadapi perlawanan menentang Hertha Berlin yang berkesudahan seri 1-1, adalah tidak ada kena mengena dengan minat yang ditunjukan oleh Arsenal terhadap pemain tersebut.

"Aubameyang.. tidak, tiada apa yang berlaku," kata Wenger selepas kemenangan malam tadi.

"Beliau boleh ditinggalkan oleh Dortmund atas sebab-sebab yang berbeza, pastinya ianya bukan untuk alasan perpindahan pada masa ini."

"Januari ini begitu sukar buat kami, ketidakstabilan. Kami mempunyai pemain besar yang cenderung untuk berpindah yang menyebabkan ketidakpastian."

Wenger juga mendakwa bahawa perpindahan Sanchez ke United hanya akan berlaku sekiranya Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal dengan pengurus kelahiran Perancis ini mengharapkan segala urusan perpindahan ini bakal selesai dalam tempoh dua hari lagi.

Disebalik spekulasi yang kuat diperkatakan mengenai perpindahan Sanchez and Aubameyang, seorang lagi pemain Arsenal, Alexandre Lacazette turut mencuri tumpuan apabila menamatkan kemarau gol dalam 10 perlawanan setelah berjaya menjaringkan satu gol ketika menewaskan Crystal Palace 4-1.

Dan Wenger menyifatkan, Lacazette seoalah-olah berjaya melepaskan bebanan yang menghantui fikiran pemain tersebut yang gagal menjaringkan gol dalam perlawanan sebelum ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post