Wenger enggan lepaskan Giroud

Arsene Wenger menolak sebarang kemungkinan untuk melepaskan Giroud sebelum menerima sebarang berita mengenai kepastian Aubameyang.

Hari yang semakin sibuk dengan masa yang semakin suntuk buat Wenger memberi kepastian bagi melepaskan Olivier Giroud meninggalkan Arsenal.




Walaupun Wenger mengakui bahawa penampilan Giroud ketika perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 3-1 kepada Swansea City pagi tadi mungkin penampilan terakhir pemain Perancis berusia 31 tahun ini bersama Arsenal.

Namun laporan terkini mendedahkan dimana Wenger enggan mengambil risiko untuk melepaskan pemain itu sehingga urusan perpindahan pemain Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang ke Arsenal menjadi kenyataan.

Pada perlawanan lewat pagi tadi, Giroud masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-76 menggantikan Iwobi namun aksi beliau gagal membantu Arsenal daripada menerima kekalahan.

Pun begitu, aksi beliau diatas padang dapat dilihat tidak terganggu dengan spekulasi ini sehingga wisel penamat dibunyikan dan beliau dilihat memberi penghargaan kepada peminat Arsenal yang datang berkunjung ke Stadium Liberty walaupun selepas wisel penamat dibunyikan secara berseorangan.

Sebelum itu, ketika Arsenal mahu melakukan pertukaran dengan memasukkan Giroud, penyokong Arsenal yang hadir menyanyikan - 'chanting' , "Na...na... na na na... Giroud" bagaikan mengharap sentuhan magik beliau sekali lagi dalam menyelamatkan keadaan atau mungkin peminat juga turut mahu membarikan penghargaan kepada beliau.

Giroud memberikan tepukan penghargaan kepada peminat Arsenal.

Tepukan penghargaan yang diberikan Giroud kepada penyokong seolah-olah menggambarkan bahawa beliau bakal meninggalkan Arsenal dalam masa terdekat ini dan perlawanan ataupun aksi beliau pagi tadi merupakan aksi terakhir beliau bersama Arsenal.

Khabar angin ketika ini kuat mengatakan bahawa Arsenal sedia melepaskan beliau dengan Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau namun segalanya bergantung kepada urusan rundingan perpindahan pemain Dortmund, Aubameyang.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang berita sahih yang mengatakan dimana Dortmund telah melepaskan Aubameyang menyertai Arsenal walaupun kelibat pemain itu dikatakan telah muncul di Arsenal bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dan dalam termuramah Wenger bersama Sky Sports, beliau telah ditanya mengenai kemungkinan aksi terakhir Giroud pada perlawanan tadi dengan tepukan penghargaan diberikan Giroud kepada penyokong yang hadir, Wenger menjelaskan:

"Ianya satu kemungkinan. Semuanya akan diputuskan pagi esok"

"Kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan jawapan yang lebih pasti."

Wenger juga turut mendedahkan bahawa mereka akan mengetahui lebih banyak dan lebih pasti mengenai potensi Aubameyang menyertai Arsenal pada awal pagi Rabu (waktu UK), sekaligus menamatkan spekulasi Aubameyang menyertai Arsenal sebelum tarikh akhir jendela perpindahan Januari.

Dan jika perkara ini menjadi kenyataan (perpindahan Giroud menyertai Chelsea),sudah tentu ianya amat menyedihkan buat peminat Giroud dan sebahagian peminat Arsenal.

Secara jujurnya, perasaan penulis mengenai perpindahan ini adalah lebih menyedihkan berbanding perpindahan Alexis Sanchez yang menyertai Manchester United.

Serta 'chant' Na..Na...na na na...Giroud pasti amat dirindui. 😢 😢 😢 😢
 


Post a Comment

Previous Post Next Post