Wartawan Chile dedahkan nomber jersi Sachez bersama Man.United

Wartawan Chile dedah nombor jersi Alexis Sanchez bersama Manchester United.

Gosip perpindahan melibatkan Alexis Sanchez bakal berakhir dengan pengumuman bakal dibuat lewat hari ini.

Tempoh 48 jam yang pernah dikatakan oleh Wenger mengenai pengumuman masa depan Sanchez bagaimanapun mungkin terjejas ekoran Chelsea turut membuat tawaran disaat akhir bagi mendapatkan Sanchez.

Namun ianya tidak pasti sama ada Chelsea mampu memenuhi tuntutan gaji yang dipinta oleh Sanchez yang dianggarkan melebihi £300k seminggu.

Man.United dilaporkan telah membuat tawaran gaji kepada Sanchez sebanyak £350k seminggu dan persetujuan diantara mereka (Man.United dan Sanchez) telah pun dicapai.

Terdahulu, City dilaporkan menarik diri daripada cubaan mereka untuk mendapatkan Sanchez setelah pihak pengurusan City menganggap tindakan mendapatkan Sanchez adalah tidak berbaloi dan hanya sanggup menawarkan gaji kepada Sanchez berjumlah £290k seminggu.

Dan perkembangan terkini menyaksikan dimana Man.United hampir pasti mendapatkan Sanchez dengan tawaran berjumlah £35 juta kepada Arsenal.

Jika ianya menjadi kenyataan, ejen kepada pemain ini, Fernando Felicevich bakal menerima habuan berjumlah kira-kira £10juta.

Menariknya, wartawan Chile, Maks Cardenas telah mendedahkan nombor yang bakal digunakan Sanchez bersama Man.United.

Bukan sebarangan nombor yang bakal digunakan Sanchez bersama Man.United. Nombor ini pernah digunakan oleh lagenda mereka seperti Cristiano Ronaldo, Eric Cantona dan David Beckham.

Dan Arsene Wenger dilaporkan mahu menyelesaikan segera isu perpindahan Sanchez bagi memberi tumpuan kepada pembentukan skuad Arsenal selepas kehilangan Sanchez.

Post a Comment

Previous Post Next Post