Benarkah Mesut Ozil lebih sesuai bersama Manchester United?

Mesut Ozil setakat ini telah membuat 134 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 47 bantuan gol berjaya direkodkan beliau semenjak menyertai Arsenal pada tahun 2013.


Dan semenjak menyertai Arsenal, Mesut Ozil (29 tahun) telah membuat 179 penampilan dengan 36 gol serta 62 bantuan gol berjaya direkodkan beliau bagi kesemua kejohanan yang disertai Arsenal.

Dengan kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir dipenghujung musim ini, serta rundingan pembaharuan kontrak masih menemui jalan buntu, pemain ini kuat diperkatakan bakal kembali bersama pengurus yang pernah membimbing beliau ketika di Real Madrid iaitu Jose Mourinho.

Mourinho menjadi pengurus Manchester United untuk musim kedua, dilaporkan mahu mendapatkan Ozil sama ada, pada Januari ini ataupun pada penghujung musim ini.

Selain turut diperkatakan bakal membawa masuk seorang lagi pemain Arsenal, Alexis Sanchez.

Benarkah Mesut Ozil lebih sesuai bersama Manchester United?

1. Terlalu Ramai Pemain.

Man.United ketika mempunyai ramai pemain yang mampu beraksi pada posisi Ozil seperti Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan namun ketika ini Mkhitaryan jarang diturunkan serta digunakan oleh Mourinho dalam aksi-aksi terakhir bersama skuad utama Man.United dan dipercayai, bahawa pemain tersebut bakal ditukarkan pada rundingan perpindahan untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Selain itu, Man.United masih memiliki Juan Mata dan Ander Harrera yang turut mampu beraksi pada posisi Ozil.

Dan jika Mkhitaryan digantikan dengan Sanchez, situasi sama masih kekal terjadi terhadap Man.United yang mana kelab ini masih memilikki ramai pemain yang mampu beraksi pada posisi Ozil selain Anthony Martial dan juga Jesse Lingard turut mampu beraksi pada posisi tersebut.

2. Romelu Lukaku

Memahami corak permainan Ozil, yang mana beliau dilihat lebih berkesan dan efektif apabila bergandingan dengan penyerang yang mempunyai kepantasan dan ini dapat dibuktikan ketika beliau bersama Real Madrid dahulu.

Ketika di Real Madrid, Ozil bergandingan dengan ataupun mempunyai rakan penyerang seperti Ronaldo dan Benzema yang mana pemain-pemain ini memilikki kepantasan dan mampu memanfaatkan hantaran 'maut' Ozil.

Bersama Real Madrid, Ozil telah membuat 159 penampilan dengan 27 gol disamping 81 bantuan gol berjaya direkodkan beliau bagi kesemua kejohanan bersama kelab Sepanyol itu.

Manakala bagi aksi liga (La Liga), Ozil telah membuat 105 penampilan dengan 19 gol dijaringkan dan 55 bantuan gol berjaya direkodkan beliau.

Begitu juga aksi beliau diperingkat antarabangsa (bersama skuad Kebangsaan Jerman), Ozil telah membuat 88 kali penampilan dengan 22 gol serta 40 bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Dan ini kerana, pasukan Kebangsaan Jerman mempunyai ramai pemain yang memiliki kepantasan seperti Thomas Muller dan Timo Werner pada bahagian serangan (ketika ini) yang mampu memanfaatkan kelebihan Ozil.

Lukaku pula, bukanlah seorang penyerang yang memiliki kepantasan yang mana pemain itu mampu menyempurnakan atau memanfaatkan kelebihan yang ada pada Ozil melainkan Mourinho berjaya mendapatkan Sanchez untuk digunakan sebagai penyerang kedua.

3. Ian Wright

Bekas pemain Arsenal yang juga merupakan lagenda kelab, Ian Wright dalam laporan Sky Sports  mengatakan bahawa pemain kebangsaan Jerman ini sesuai bermain bersama Manchester United.
“Ozil is just awesome, and with the right team, and the right movement in front of him, he is easily one of the best I’ve seen. He’s amazing. I think he’s not that type of player who will drag a team by its bootlaces through a game, but if your team is playing well, he’s going to sprinkle stardust all over the place. With the players he’d be playing with at Manchester United as well, he is unbelievable. Is this difficult to say (that he’d be better off leaving)? Yeah. And we can’t keep arguably two of the best players, arguably in the history of the club, ability-wise. It’s sad times.” - Wright dalam laporan Sky Sports.
Dan Ian Wright sebelum ini, merupakan salah seorang pundit Sky Sports yang lantang mengkritik prestasi Ozil, begitu juga dengan prestasi Sanchez (sebagaimana dilaporkan Daily Star dan beberapa akhbar UK lain).
Arsenal icon Ian Wright SLAMS club over ‘disgusting’ Mesut Ozil and Alexis Sanchez fiasco - Daily Star.
Malahan beliau sendiri pernah mengkritik Ozil dengan melabelkan pemain ini seorang pemalas.

Ian Wright Slams Mesut Ozil As "Lazy & Laughable"

Adakah tindakan ataupun komen Ian Wright ini hanya sekadar untuk bermain psikologi?


Ozil dan Arsenal

1. Peluang Lebih Banyak. 

Bersama Arsenal, Ozil mampu menjadi pemain utama serta mampu bermain lebih kerap. Lebih-lebih lagi Kejohanan Piala Dunia 2018 bakal berlangsung hanya beberapa bulan sahaja lagi. Dan ini sudah tentu turut mempengaruhi prestasi pemain itu sendiri selain penilain pengurus pasukan Jerman, Joachim Löw.

Walaupun diawal musim, beliau banyak menerima kritikan mengenai prestasi beliau yang dilihat kurang memberangsangkan, dan ini turut dikaitkan dengan laporan yang mengatakan keengganan beliau untuk menandatangani kontrak baru (punca kritikan), namun beliau berjaya menutup mulut para pengkritik dengan aksi yang memukau (kebelakangan ini), termasuklah ketika aksi Arsenal menewaskan Everton 5-2, ditempat lawan.

Beliau berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang ketika bergandingan bersama Alexandre Lacazette dan Alexis Sanchez buat kali pertama.

Dan jika Sanchez menyertai United, Arsenal hanya perlu mencari pengganti kepada Sanchez dan pemain tersebut haruslah mampu beraksi (memahami) permainan Ozil bagi memberi ruang dan peluang kepada Lacazette untuk menjaringkan gol atau pemain itu sendiri (pemain yang menggantikan Sanchez) menjaringkan gol - ibarat Draxler ataupun Toni Kroos (sekadar contoh).

2. Wengerball

Ozil dilihat begitu sesuai dengan taktikal Arsene Wenger yang menerapkan gaya 'free flow' dengan memberikan peluang kepada Ozil untuk bergerak bebas di kawasan 'final third' bagi mencipta ruang serta peluang kepada penyerang mahupun pemain lain (attacking midfielder).

Namun bermain dengan corak 'free-flow' ataupun 'Wengerball' ini memerlukan tenaga dan tumpuan selain bergerak secara 'satu unit' dalam melancarkan serangan dan sekembalinya Ramsey dan Wilshere, ianya dilihat mampu untuk menjayakan corak permainan ini.

Dan kelebihan Ozil adalah beliau mampu untuk menjayakan corak permainan ataupun 'Wengerball' ini selain mempunyai kelebihan (terutamanya) apabila berada dikawasan 'final third' yang mana ruang menjadi semakin kecil.

Arsenal hanya perlu mencari seorang pemain yang mampu menghidu serta menghidupkan peluang yang bakal diciptakan Ozil bagi menyelesaikan krisis serangan Arsenal (mungkin dengan kembalinya Ramsey dan Wilshere mampu menyelesaikan masalah ini) selain Lacazette hendaklah segera menyesuaikan diri dengan corak dan permainan EPL.

Dan mungkin Lacazette mampu untuk menyambung 'visi' dan hantaran Ozil andaikata mereka masih bersama musim depan.

Jika Ozil bersama Mourinho, boleh dikatakan pengurus ini lebih gemar untuk bermain secara defensive dalam menghadapi pasukan-pasukan besar (terutamanya), dan ini mungkin mengurangkan sedikit fungsi dan khimat Ozil bersama pasukan tersebut selain kemungkinan besar beliau bakal bermain secara penggiliran (rotation - kurang beraksi).

3. Robin Van Persie (RVP).

Masih ingat Robin Van Persie? Bekas kapten Arsenal yang menyertai Manchester United pada usia yang sama (jika Ozil menyertai Man.United) - 29 tahun.

Perpindahan yang melukakan hati peminat dan penyokong Arsenal apabila beliau menyertai Man.United dengan nilai perpindahan (separuh daripada nilai semasa RVP ketika itu) £22.5juta; sebelum berakhirnya kontrak beliau bersama Arsenal (dengan baki kontrak hanya tinggal setahun lagi bersama Arsenal).

RVP hanya menikmati satu musim penuh 'nikmat' dan gemilang bersama Man.United, iaitu pada musim pertama beliau bersama The Red Devils, musim 2012-2013 apabila pasukan itu muncul Juara Liga.

Dan musim berikutnya, menyaksikan beliau tidak lagi menjadi pemain pilihan Man.United dan beliau juga semakin kurang digunakan sebelum dilepaskan kepada kelab Turki, Fenerbache pada musim ketiga bersama Man.United.

Kenikmatan sementara yang diraih oleh Robin Van Persie bersama Man.United ini sepatutnya menjadi teladan buat Mesut Ozil.

RUMUSAN: Berdasarkan hujah-hujah diatas, dapatkan dikatakan bahawa Ozil lebih baik bersama Arsenal daripada menyertai Manchester United.


APA YANG MESUT OZIL MAHUKAN

Jika benar Ozil mahukan kejuaraan dan menerima gaji yang tinggi sebagaimana laporan sebelum ini,  jalan penyelesaian yang patut dipertimbangan oleh kedua-dua pihak (Arsenal dan Ozil) adalah seperti berikut.

Pertama: Soal Kejuaraan. Setakat ini, Mesut Ozil masih gagal memenangi Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dengan mana-mana kelab yang pernah diwakili beliau begitu juga dengan Kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang masih belum berjaya dikecapi beliau bersama Arsenal.

Juara Liga Perdana Inggeris. Adakah Arsenal tidak mampu menjuarai liga pada musim hadapan dan adakah Man.United mampu menjuarainya? Ianya terlalu subjetif untuk diulas ketika ini memandangkan musim depan pastinya cabaran berbeza bakal dijelmakan dari setiap pasukan mengikut persiapan pasukan itu sendiri.

Juara liga musim ini? Ketika ini Arsenal dilihat sukar untuk menjuarainya dan Man.United pula dilihat masih berpeluang untuk mencabar kejuaraan yang mana ketika ini semakin hampir menjadi milik Man. City. 

Namun adakah Ozil hanya mahu menjadi sebagai penumpang kepada kejayaan Man.United (jika menyertai mereka bulan ini - Januari) andai kata mereka berjaya menjuarai liga musim ini.

Tanpa Ozil, Man.United masih mampu memberi cabaran kepada Man. City namun ianya juga masih terlalu awal untuk membuktikan Man.United mampu menjuarai liga.

Berkenaan Juara Liga-Liga Eropah (UCL). Ini juga terlalu subjektif. Jika ketika beliau bersama Real Madrid (dan juga Jose Mounrinho sebagai pengurus pasukan ketika itu), mereka juga gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Dan adakah dengan menyertai Man.United ianya memberi jaminan bahawa mereka mampu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah ini?

Serta adakah Arsenal tidak mampu memberi cabaran untuk menjuarai Liga UCL? Mungkin ya mungkin tidak segalanya bergantung kepada pembentukan skuad ketika ini dan musim hadapan.

Dan jika Ozil benar-benar mahukan kejuaraan, mengapa beliau tidak boleh melakukannya bersama Arsenal dengan membantu Arsenal menjuarai kejuaraan tersebut (sekurang-kurangnya menjuarai salah satu daripada dua kejuaraan itu).

Yang paling penting, Wenger haruslah menyediakan skuad yang mantap yang mampu memberi cabaran dalam menjuarai Liga dan UCL bagi menyakinkan Ozil.

Biarlah Ozil dikenang sebagai pemain yang membantu kelab menjuarai UCL ataupun Liga Perdana Inggeris dan bukannya KELAB yang membantu pemain menjuarai UCL ataupun Liga Perdana Inggeris.

Kedua: Soal Gaji. Adalah mustahil buat Arsenal untuk menawarkan gaji melebihi £300k seminggu kepada mana-mana pemain mereka namun mengikut laporan, Arsenal sedia untuk menawarkan gaji sebanyak £290k ataupun £300k seminggu (hampir dua kali ganda daripada apa yang diterima Ozil ketika ini bersama Arsenal) kepada beliau.

Namun, ianya masih tidak dapat dipastikan adakah benar Arsenal sanggup menawarkan gaji sedemikian, memandangkan Arsenal kini memiliki barisan pengurusan baru dalam mengendalikan urusan ini.

Pun begitu, turut dilaporkan dimana Arsenal sedia untuk memecahkan tradisi mereka mengenai soal gaji pemain bagi mengekalkan Ozil.

Diharapkan kedua-dua pihak mampu mencapai kata putus yang positif dan janganlah pula Ozil terlalu meminta gaji terlalu tinggi dan janganglah pula Arsenal terlalu kedekut. Biarlah ianya sekadar berpatutan dan bukannya terlalu melampau (kedua-dua pihak).

Nota ringkas: Wenger hanya menerima £160k seminggu sementara Ozil dan Sanchez merupakan pemain yang paling tinggi menerima gaji bersama Arsenal dengan £140k seminggu.

Pengalaman penulis: Teringat kisah penghujung tahun lalu(2016) bila boss buat appraisal. " I recommend u punya gaji naik 25%  dan bonus 1.5" dan bila je dapat gaji tahun baru.. "Sorry. Management tak approve la i punya recommandation" berhuhu jelah mampu.

Jadilah pemain lagenda bersama Arsenal wahai Ozil. 

#YaGunnersYA #COYG


Post a Comment

Previous Post Next Post