Perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao ataupun Piala EFL diantara Chelsea menentang Arsenal berkesudahan seri 0-0.
Arsenal turun dengan formasi sama ketika menghadapi Nottingham Forest dengan menggunakan tiga pemain pertahan (3-4-2-1) namun kali ini barisan pertahanan diketuai oleh Mustafi yang bergandingan bersama Chambers dan Holding.
Manakala barisan tengah diketuai oleh Wilshere yang turut menjadi kapten Arsenal, bergandingan bersama Xhaka dibahagian tengah serta Maitland-Niles dan Bellerin yang beraksi pada bahagian sayap.
Dan barisan serangan Arsenal diketuai oleh Lacazette dan dibantu oleh Iwobi dan Welbeck.
Namun aksi Wilshere hanya dapat bertahan sehingga ke minit-57 sebelum mengalami kecederaan buku lali dan digantikan dengan Elneny. Setakat ini, tahap kecederaan Wilshere masih belum dapat dipastikan seteruk mana dan berapa lama diperlukan untuk kembali cergas.
Chelsea pula turun dengan formasi 3-5-2 dan pada perlawanan ini , Chelsea lebih menguasai perlawanan namun sukar untuk menembusi barisan pertahanan Arsenal yang diketuai oleh Mustafi.
Morata hanya melakukan tiga percubaan dengan dua daripadanya merupakan percubaan tepat manakala Hazard hanya melakukan sekali percubaan yang berjaya dihalang oleh barisan pertahanan Arsenal.
Minit ke-68 menyaksikan Chelsea mula melakukan sedikit perubahan dengan memasukkan Willian dan mengeluarkan Drinkwater bagi membentuk formasi 3-4-3 setelah menyedari kekurangan (kretiviti) pada bahagian tengah mereka.
Namun ianya masih gagal membantu Chelsea untuk memecah kebuntuan gol dengan Ospina dan Mustafi begitu cemerlang beraksi pagi tadi.
Boleh dikatakan Arsenal pada perlawanan pagi tadi hanya bermain secara selamat dan cuba mengelak daripada dibolosi lawan.
Arsenal pada perlawanan ini hanya melakukan lapan kali percubaan dengan tiga percubaan tepat.
Boleh dikatakan Arsenal pada perlawanan pagi tadi hanya bermain secara selamat dan cuba mengelak daripada dibolosi lawan.
Arsenal pada perlawanan ini hanya melakukan lapan kali percubaan dengan tiga percubaan tepat.
Statistik Perlawanan
Chelsea | vs | Arsenal |
---|---|---|
21 | Shots | 8 |
6 | Shots on target | 3 |
84% | Pass Success % | 80% |
38% | Aerial Duel Success | 62% |
7 | Dribbles won | 14 |
18 | Tackles | 13 |
54% | Possession | 46% |
Disebalik kecemerlangan barisan pertahanan terutamanya Mustafi dan Holding serta Ospina yang turut mempamerkan peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini (menentang Nott. Forest), jentera serangan Arsenal dilihat masih bermasalah dalam mencipta ruang serta jaringan termasuklah percubaan.
Gandingan Iwobi dan Welbeck dalam membantu Lacazette pada jentera serangan dilihat masih bermasalah walaupun Jack Wilshere (sebelum mengalami kecederaan) bersama Xhaka berjaya mengemudi bahagian tengah Arsenal dengan cemerlang.
![]() |
Heatmap Xhaka + Wilshere |
Top 5 Percubaan Individu Setiap Pasukan
Chelsea | Jumlah Percubaan | Percubaan Tepat | Arsenal | Jumlah Percubaan | Percubaan Tepat |
---|---|---|---|---|---|
Victor Moses (DMR) | 4 | 2 | Alex Iwobi(AMC) | 2 | 2 |
Marcos Alonso (DML) | 3 | 1 | Granit Xhaka (MC) | 2 | 1 |
Álvaro Morata (FW) | 3 | 2 | Danny Welbeck (AMC) | 1 | - |
Andreas Christensen (DC) | 2 | - | Alexandre Lacazette (FW) | 1 | - |
Daniel Drinkwater (MC) | 2 | - | Mohamed Elneny (MC) | 1 | - |
Barisan pemain kedua-dua pasukan:
CHELSEA | ARSENAL | ||||
---|---|---|---|---|---|
13 | Thibaut Courtois | 13 | David Ospina | ||
2 | Antonio Rüdiger | 16 | Rob Holding | ||
27 | Andreas Christensen | 20 | Shkodran Mustafi | ||
28 | Azpilicueta | 21 | Calum Chambers | ||
3 | Marcos Alonso | 24 | Héctor Bellerín | ||
4 | Cesc Fàbregas | 10 | Jack Wilshere | 57' | |
6 | Danny Drinkwater | 68' | 29 | Granit Xhaka 51' | |
7 | N'Golo Kanté yellow 80' | 30 | Ainsley Maitland-Niles | ||
15 | Victor Moses | 9 | Alexandre Lacazette | 66' | |
9 | Morata | 87' | 17 | Alex Iwobi | |
10 | Eden Hazard | 84' | 23 | Danny Welbeck | |
SIMPANAN | SIMPANAN | ||||
14 | Tiemoué Bakayoko | 84' | 35 | Mohamed Elneny 86' | 57' |
22 | Willian | 68' | 7 | Alexis Sánchez | 66' |
23 | Michy Batshuayi | 87' | 54 | Matt Macey | |
37 | Eduardo | 4 | Per Mertesacker | ||
21 | Davide Zappacosta | 27 | Konstantinos Mavropanos | ||
30 | David Luiz | 14 | Theo Walcott | ||
11 | Pedro | 61 | Reiss Nelson |