Penggunaan Video Assistant Referees (VAR)

Sebelum bermulanya perlawanan diantara Chelsea menentang Arsenal pada peringkat separuh akhir Piala EFL, laman EFL telah memaklumkan bahawa teknologi Video Assistant Referees (VAR) akan digunakan buat pertama kalinya dalam kejohanan ini.

Dan perlawanan separuh akhir diantara Chelsea dan Arsenal menjadi medan ujian penggunaan VAR ini, baik separuh akhir pertama mahupun separuh akhir kedua serta pada perlawanan akhir Piala Carabao yang dijadualkan pada 25 Februari nanti di Stadium Wembley.



Penggunaan VAR ini pada saingan separuh akhir PIala EFL adalah bagi menyokong dan menunjukkan komitmen EFL dalam usaha memberi sokongan kepada bolasepak Inggeris yang mengambil bahagian dalam ujian penggunaan VAR yang mana ianya turut dijalankan (diuji) diseluruh dunia semenjak mula diperkenalkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada tahun 2016.

Ketua pengadil Liga Perdana, Mike Riley di pratonton VAR.
Namun penggunaan VAR tidak digunakan pada perlawanan separuh akhir yang melibatkan Manchester City dan Bristol City .

Fungsi VAR adalah pada situasi sepert berikut:

Gol - menentukan atau memastikan gol (jaringan offside).
Penalti - memastikan tindakan ataupun keputusan pengadil menghadiahkan penalti adalah tepat.
Kad Merah - bagi layangan Kad Merah (direct red card) adalah tepat dan ianya tidak digunakan untuk layangan kad merah hasil layangan kad kuning kedua.
Identiti pemain - hukuman yang dikenakan ataupun diputuskan pengadil adalah kepada pemain yang sepatutnya (mistaken identity).

Penekanan dalam penggunaan VAR ini adalah untuk memberi tumpuan kepada kesilapan yang jelas dan nyata yang dilakukan oleh pengadil (merujuk kepada empat faktor utama diatas).

Dengan cara ini, sistem ini bertujuan untuk meminimumkan sebarang gangguan dengan aliran permainan serta memaksimumkan kelebihan mengkaji ulangan video. 

Namun penggunaan VAR ini juga tidak bertujuan untuk mencapai ketepatan 100 peratus dalam setiap perlawanan memandangkan sukan bolasepak yang subjektif dan keinginan untuk mengekalkan aliran permainan supaya aksi perlawanan tidak terganggu terlalu lama dan terlalu kerap. 

Mike Riley meninjau pusat kawalan VAR

PROSES VAR

Keputusan asal pengadil di padang hanya dapat diubah jika tinjauan video menunjukkan kesalahan yang jelas dan nyata.

Kebanyakan proses pemeriksaan atau saringan insiden ini akan tidak disedari kerana ia akan berlaku dibelakang tabir sementara permainan masih berlangsung. Sekiranya pemeriksaan mendapati bahawa ralat yang jelas dan nyata mungkin berlaku, semakan akan dibuat. 

Dan proses semakan ini boleh dilakukan sekiranya terdapat permintaan daripada pengadil ataupun disyorkan oleh pegawai yang pengendali VAR.

Pertama, pegawai VAR boleh memaklumkan pengadil bahawa terdapat ralat faktual pada situasi yang jelas yang tidak memerlukan pengadil untuk mengkaji semula video. Sebagai contoh, pemain yang menjaringkan gol adalah dalam posisi 'offside'. 

Anda kemudian akan melihat pengadil membuat isyarat 'skrin TV' dan kemudiannya pengadil boleh mengubah keputusan asal, membatalkan gol kerana kesalahan offside setelah menerima pengesahan dan nasihat daripada pegawai VAR. 

Dalam situasi yang kurang jelas, VAR akan menasihati pengadil untuk melihat video tersebut. Ini dipanggil On-Field Review. Anda akan melihat pengadil bergerak ke tepi padang untuk menyemak rakaman pada monitor sebelum membuat keputusan muktamad. 

Selepas melihat dan mengkaji video ulangan, pengadil akan membuat isyarat 'skrin TV' dan menyampaikan keputusan muktamad. Ini mungkin mengesahkan atau mengubah keputusan asal.

Kebiasaanya, review ini akan berlaku semasa permainan dihentikan dan pengadil tidak akan memulakan kembali (disambung) perlawanan sehingga kajian selesai. 

Atau pengadil boleh memilih untuk menghentikan permainan untuk membuat review video ulangan dan situasi ini kebiasaanya berlaku apabila insiden terjadi di kawasan 'neutral', biasanya di bahagian tengah.

IFAB akan terus memantau sistem ini, bagaimana ianya memberi kesan keatas perlawanan dengan mengumpul maklumat daripada mereka yang mengambil bahagian (percubaan VAR) sebelum memutuskan sama ada untuk meminda pndang-undang permainan untuk memasukkan Video Assistant Referees.


Chelsea vs Arsenal

Laporan Daily Mail mengatakan dimana pengadil seolah-olah mendapat hadiah baru dan seronok menggunakan VAR.
The video referee was overused during Wednesday night's first leg between Arsenal and Chelsea. The officials were like kids at Christmas with a new toy — they just seemed to want to play with it. -Daily Mail
Martin Atkinson telah merujuk kepada (menggunakan) VAR sebanyak empat kali dan hanya dua kali menurut Daily Mail yang dianggap relevan untuk beliau bertindak sedemikian.

Walaupun dua rujukan pertama tidak diperlukan, namun rujukan yang ketiga dianggap berbaloi dan patut digunakan dan insiden tersebut merujuk kepada tindakan Victor Moses mencabar Ainsley Maitland-Niles yang mungkin memberikan penalti. 

Martin Atkinson pengadil perlawanan diantara Chelsea menentang Arsenal.
Insiden tersebut kelihatan seperti  Moses melakukan kekasaran terhadap Maitland-Niles, namun ulangan video gerak perlahan dalam VAR menunjukan tiada hubungan yang cukup kuat untuk mengatakan Moses melakukan kekasaran terhadap Maitland-Niles. 

Ia bukan kesalahan yang jelas dan nyata dilakukan dan Atkinson tetap dengan keputusan asal beliau  sebelum itu.

Atkinson juga tepat dalam membuat keputusan pada insiden melibatkan Danny Welbeck dalam kawasan penalti ketika mencabar Cesc Fabregas. 
I didn’t know the VAR referral wasn’t for that incident - I knew I cleanly got the ball so I wasn’t worried at all. - Danny Welbeck
Dan sememangnya ia bukanlah penalti namun ianya berbaloi untuk menggunakan VAR.

Kenapa perlawanan diantara Bristol City menentang Manchester City pada saingan separuh akhir Piala Carabao tidak menggunakan teknologi VAR?

Menurut laporan The Sun, ianya tidak menjadi masalah untuk menggunakan teknologi VAR di Etihad namun ianya tidak sesuai digunakan di  Ashton Gate, stadium yang menjadi 'home' Bristol City.

Dan hanya stadium bagi pasukan yang bersaing didalam saingan Liga Perdana sahaja yang memiliki teknologi ini bagi membolehkan siaran/rakaman video perlawanan dihantarkan atau dihubungkan ke pusat kawalan di Uxbridge.

Serta ianya tidak kosisten bagi teknologi ini digunakan bagi dua saingan liga (Championship dan Liga Perdana).

Jadi perlawanan City vs Bristol tidak akan menggunakan teknologi VAR.

Stadium Bristol City tidak sesuai bagi penggunaan VAR.
Sumber dan kredit gambar: ArsenalDaily Mail, The Sun dan EFL

Post a Comment

Previous Post Next Post