Wenger sahkan Francis Coquelin sertai Valencia


Valencia dilaporkan bakal menandatangani pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin dan Arsene Wenger mengesahkan laporan tersebut.

Sejurus tamat perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Wenger mengesahkan bahawa pemain tengah berusia 26 tahun itu telah dijual kepada Valencia.

Nilai perpindahan Coquelin ke Valencia dijangka bernilai sekitar £12juta namun terdapat juga laporan yang mengatakan ianya berjumlah £22 juta.

Coquelin, Januari lalu telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk tempoh empat tahun hanya melakukan satu penampilan (bermula dalam kesebelasan utama) didalam saingan liga dengan bermain pada posisi pertahanan tengah selain enam kali masuk sebagai pemain gantian.
He goes to Valencia because he didn't get enough games with us this season and he had an opportunity. I let him go. - Wenger.

Selamat maju jaya buat  Coquelin! 

Post a Comment

Previous Post Next Post