Ringkasan gosip perpindahan pemain.

Perkembangan perpindahan pemain yang dikaitkan dengan kelab-kelab yang bakal disertai mereka menurut laporan semasa akhbar UK.

Antara pemain-pemain yang dikaitkan dengan perpindahan pada Januari ini adalah seperti, Zlatan Ibrahimovic, Alexis Sanchez, Cristian Pavon, Theo Walcott, Thomas Lemar, Javier Hernandez, dan Marouane Fellaini.



Zlatan Ibrahimovic: Manchester United  ke MLS/Chinese Super League


Zlatan Ibrahimovic mungkin meninggalkan Manchester United sebelum berakhirnya liga musim ini jika beliau menerima tawaran untuk berpindah ke Major League Soccer di Amerika Syarikat ataupun Liga Super China - Chinese Super League.

Laporan daripada Yahoo melaporkan dimana pemain Sweeden berusia 36 tahun ini mungkin meninggalkan Manchester United Januari ini untuk menyertai salah satu liga tersebut memandangkan kedua-dua liga tersebut bermula pada Mac dan berakhir Disember ini jika beliau menerima tawaran untuk beraksi dalam liga tersebut. 

Alexis Sanchez: Arsenal ke Manchester City


Manchester City dilaporkan telah membuat tawaran berjumlah £20 juta kepada Arsenal menurut laporan Guardian dan Sanchez bakal menerima gaji berjumlah £250,000 seminggu, kira-kira £13 juta setahun jika menyertai City bulan ini.

 Dan tempoh kontrak tersebut adalah selama lima tahun (berakhir pada 2023).

Cristian Pavon: Boca Juniors ke Arsenal


Antara pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal bagi menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Sanchez adalah Cristian Pavon.

Pemain yang mewakili kelab Boca Juniors ini mempunyai klausa pelepasan bernilai £27 juta dan menurut laporan The Sun, Arsene Wenger bersedia untuk membawa pemain ini kedalam skuad Arsenal dengan menebus kontrak pemain ini.

Namun laporan Goal mendedahkan dimana Boca Juniors menafi menerima sebarang tawaran daripada Arsenal (setakat ini). Bagaimanapun Presiden kelab tersebut, Daniel Angelici tidak menghalang pemain itu daripada menyertai mana-mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat Pavon.

Theo Walcott: Arsenal ke Everton


Daily Mail pula melaporkan dimana Everton berminat untuk mendapatkan khidmat Walcott dan bersedia untuk membida pemain tersebut dengan nilai sebanyak £20juta kepada Arsenal.

Pendedahan Daily Mail itu turut melaporkan dimana bekas kelab Walcott, Southampton turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Namun Everton yakin bahawa mereka mampu membawa Walcott menyertai mereka pada bulan ini.

Thomas Lemar: Monaco ke Liverpool/Arsenal


Pemain yang pernah mendapat perhatian dan harapan daripada peminat Arsenal, Thomas Lemar dilaporkan sedia untuk menyertai mana-mana pasukan yang inginkan khidmat beliau selepas mendapat 'lampu hijau' daripada kelab beliau, Monaco.

Namun, Liverpool dan Arsenal dijangka terpaksa mengeluarkan belanja sekitar £90 juta bagi mendapatkan pemain ini.

Laporan Daily Mirror, melaporkan dimana pengendali Monaco, Leonardo Jardim mengakui dimana beliau tidak mampu menghalang pemain tersebut daripada berhijrah.
We do not typically sell players in the winter transfer window. But the month is long and many things could happen.

Javier Hernandez: West Ham United ke Los Angeles FC


Pengurus Los Angeles FC, Bob Bradley berminat untuk membawa pemain Mexico ini menyertai beliau dan mengakui bahawa Javier Hernandez merupakan seorang penyerang yang berbisa sebagaimana dipetik daripada  The Sun :
From my point of view as a coach, Chicarito is a great player, with great personality and a great goalscorer.
Perpindahan Hernandez musim ini menyertai West Ham dengan nilai perpindahan sekitar £16 juta dilihat masih gagal untuk memberi impak kepada pasukan tersebut.

Namun ini tidak menghalang Bradley untuk membawa pemain itu menyertai aksi Major League Soccer bersama Los Angeles FC.

Marouane Fellaini: Manchester United ke Galatasaray/Besiktas


Pemain tengah Manchester United dan juga kebangsaan Belgium ini dilaporkan oleh Sky Sports News sedang berunding bersama dua kelab gergasi Turki iaitu  Galatasaray dan Besiktas.

Namun terdapat khabar angin yang mengatakan pemain berusia 30 tahun ini masih berunding mengenai kontrak beliau bersama Manchester United.

TARIKH TUTUP PERPINDAHAN

Tarikh akhir untuk pasukan Inggeris melakukan perpindahan ataupun jual beli pemain adalah pada 31 Januari dan setiap pasukan perlu menyelesaikan rundingan kontrak bersama pemain sehingga jam 11 malam (31 Januari) sebelum menghantar segala dokumen tersebut kepada pihak pentadbir liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post