Minggu ini saingan Liga Juara-Juara bakal bersambung dengan perlawanan pada peringkat Pusingan 16 akan memulakan aksi esok pagi (waktu Malaysia) dan ADIDAS mengambil keputusan untuk memperkenalkan bola rasmi baru.



Semalam, jenama sukan itu telah mengumumkan mengenai bola rasmi baru bagi perlawanan yang bakal digunakan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah kali ini melalui laman rasmi mereka. 
Dan menurut mereka, bola tersebut diilhamkan daripada stadium yang mana perlawanan akhir kejohanan ini bakal berlangsung di Kiev, Ukraine.

Stadium Olimpik, Kiev.
Reka bentuk bola itu memaparkan unsur-unsur Stadium Olimpik di Kiev, di mana perlawanan akhir Liga Juara-Juara bakal diadakan pada 26 Mei tahun ini. 

Warna kerusi - kuning dan biru tempat duduk penonton boleh ditemui dalam skema warna bola tersebut manakala ilustrasi abstrak memberi gambaran kepada permandangan langit yang dapat dilihat dari stadium itu.

Bola ini akan diperkenalkan pada perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati yang bermula malam ini dan esok dengan menyaksikan juara bertahan, Real Madrid menerima kunjungan Paris Siant- Germain (PSG) pada jam 3.45 pagi esok.

Post a Comment

Previous Post Next Post