Arsenal dan Liverpool dilaporkan mahu dapatkan penjaga gol kebangsaan England.


Menurut laporan Sportskeeda, Arsenal dan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan England, Jack Butland pada penghujung musim ini.



Kedua-dua pengurus pasukan tersebut, Arsene Wenger dan Jurgen Klopp dilaporkan mahu mencari penjaga gol baru yang mampu mengisi atau menggantikan penjaga gol sedia ada mereka sekarang.

Dengan prestasi Petr Cech ketika ini bagaikan mengakhiri zaman kemuncak beliau apabila gagal mengekalkan gawang daripada dibolosi bagi sembilan perlawanan terakhir beliau.

Arsene Wenger dilaporkan mahu mencari seorang lagi penjaga gol baru selepas melepaskan penjaga gol utama Arsenal sebelum kedatangan Cech iaitu Wojciech Szczesny kepada Juventus dan David Ospina pula bagaikan gagal untuk mengambil tempat Cech didalam kesebelasan utama Arsenal.

Cech setakat ini telah melakukan 4 kesilapan (Errors Leading To Goal) dalam saingan liga.

Manakala Klopp pula kecewa dengan mutu yang dipamerkan oleh bintang Jerman yang ditandatangani beliau 18 bulan lalu iaitu Loris Karius.

Karius setakat ini telah melakukan 2 kesilapan (Errors Leading To Goal) dalam saingan liga.
Karius dikatakan gagal menyesuaikan diri dengan bolasepak Inggeris menyebabkan Klopp dikatakan ingin mencari pengganti kepada pemain ini.

Kedua-dua pasukan ini dilaporkan sedang memerhati perkembangan Butland dan berharap mampu membawa beliau menyertai mereka pada penghujung musim ini.

Namun mereka terpaksa mengeluarkan belanja sekitar £40 juta jika mahu membawa Butland ke Emirates ataupun Anfield.

Penjaga gol berusia 24 tahun ini telah bersama Stoke City selama lima tahun dan merupakan pesaing terkuat untuk menggantikan Joe Hart sebagai penjaga gol utama Skuad England pada kejohanan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Russia bermula Jun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post