Aguero terselamat daripada menerima hukuman.

Persatuan Bola Sepak England tidak akan mengenakan sebarang hukuman terhadap Sergio Aguero ekoran tindakan beliau dalam 'pergaduhan' yang tercetus selepas tamat perlawanan peringkat kelima Piala FA.


Sergio Aguero terselamat daripada menerima hukuman daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas penyerang Manchester City itu terlibat dalam pertengkaran dengan penyokong Wigan Athletic sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan City tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada 1-0 kepada Wigan semalam.

Sebilangan besar penyokong tuan rumah (Wigan) tidak mampu mengawal perasaan gembira dan bertindak menyerbu masuk ke padang untuk meraikan kemenangan Wigan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir saingan Piala FA sejurus wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor.

Will Grigg memastikan tuan rumah (Wigan) layak ke peringkat seterusnya selepas jaringan yang dilakukan beliau pada minit ke-79 sudah memadai untuk Wigan mencapai kemenangan keatas Manchester City yang seterusnya melayakkan mereka untuk mara ke peringkat suku akhir.

Jaringan tunggal Will Grigg memastikan kemenangan Wigan keatas Manchester City, 1-0. Kredit gambar : OLI SCARFF/Getty Images via Bleacher Report.
Rakaman televisyen menunjukkan seorang peminat Wigan muncul dari belakang dan menghampiri Aguero untuk mengatakan sesuatu kepada penyerang Argentina itu yang kemudiannya bertindak mengayunkan lengan kanan dan memukul lelaki tersebut.

Pemain pertahanan Wigan, Cheyenne Dunkley membantu meredakan situasi yang membabitkan diantara penyokong tersebut dan Aguero yang mana dapat dilihat penyerang City itu kelihatan amat marah dalam insiden tersebut sebelum berjaya ditenangkan oleh pembantu jurulatih City, Mikel Arteta.

Aguero ditenangkan oleh Arteta.
Namun begitu, pemain antarabangsa Argentina itu terselamat daripada menerima hukuman daripada FA England diatas tindakan beliau didalam insiden tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan terlibat (Wigan dan Manchester City) bakal berdepan hukuman daripada FA ekoran (dengan dakwaan) gagal mengawal pemain mereka pada kekecohan yang tercetus selepas menyaksikan pemain tengah City, Fabian Delph dilayangkan kad merah serta dibuang padang.
Sergio Aguero faces no FA disciplinary action but Wigan and City charged with failing to control players. Telegraph
Menurut laporan, kedua-dua kelab tersebut telah diminta untuk menghantar laporan mereka berikutan insiden yang tercetus sejurus tamat perlawanan yang melibatkan penonton dan pemain kepada pihak FA dan mereka diberi tempoh sehingga Isnin ini (26 Februari 2018) untuk menyerahkan laporan tersebut.

Sekiranya Aguero didakwa, beliau terpaksa melupakan aksi perlawanan akhir Piala EFL pada hari Isnin ini (26 Februari) yang dijadualkan menentang Arsenal di Stadium Wembley.

Dengan tersingkirnya Manchester City daripada saingan Piala FA, sasaran Pep Guardiola untuk mencapai empat kejuaraan musim ini (Liga, Piala FA, Piala EFL dan Liga Juara-Juara) jelas tidak kesampaian dan mungkin beliau bakal mempertaruhkan skuad terkuat City bagi menghadapi Arsenal pada perlawanan akhir Piala EFL.

VIDEO INSIDEN YANG MELIBATKAN AGUERO


Post a Comment

Previous Post Next Post